BELATUK
Bahawa, aku akan hukumkan dia dengan hukuman yang keras, atau aku sembelih atau dia kemukakan kepadaku akan alasan yang terang.
Belatuk adalah sejenis unggas dari keluarga Picidae dan terdapat 220 jenis (spesis). Ukuran panjang badannya dari 9-57 cm. Unggas ini hidup di seluruh dunia kecuali Australia, Madagaskar dan New Zealand.
Burung belatuk ini dikemukakan oleh Allah SWT dalam Al Quran sebagai berita tentang Nabi Allah Sulaiman yang mempunyai kepandaian mengumpulkan haiwan dan unggas untuk menjadi anggota angkatan tentera di bawah pemerintahannya yang menjunjung perintah Allah.
Berita ini tentang burung belatuk menghilangkan diri dan terbang ke negara bernama Saba yang diperintah oleh seorang, ratu yang cantik yang bernama Balqais.
Ratu Balqais memerintah sampai ke Habsyah dalam kawasan Afrika. Dia dan rakyatnya tidak menyembah Allah, sebaliknya menyembah matahari.
Burung belatuk telah terbang ke sana dengan tujuan untuk mengintip Ratu Balqais dan orang-orang bawahnya.
Dalam keadaan Nabi Sulaiman tercari-cari akan burung belatuk, maka burung yang menjadi pengintip itu pun terbang pulang dan mendapatkan Nabi Allah Sulaiman.
Tidak lama kemudian, ia(belatuk)datang dan berkata: Hamba mengetahui akan apa yang tuanku belum ketahui, dan hamba datang dari Saba membawa berita yang benar.
Hamba dapati (di Saba) seorang perempuan (Ratu) yang memerintah (rakyat), dia memiliki segala sesuatu dan mempunyai istana yang besar. (Sembah belatuk kepada Nabi Sulaiman).
Setelah mendengar berita dari belatuk itu, Nabi Sulaiman melantik belatuk menjadi diplomatik untuk membawa warkah kerajaannya kepada Ratu Balqais dan kemudiannya Ratu Balqais memeluk agama Islam dan jatuh cinta kepada Nabi Allah itu.
Nabi Sulaiman memerintah belatuk:
Engkau pergi bawa warkahku, dan jatuhkannya kepada mereka (Ratu Balqais dan para pembesarnya), kemudian kamu terbang dari mereka dan perhatikan bagaimana jawapan (reaksi) mereka itu.
Berkata (Ratu Balqais), hai orang-orang besar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepada beta sepucuk surat yang mulia.
Sesungguhnya (warkah) itu dari Sulaiman (dibaca kandungannya). Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang, janganlah menyombong kepadaku, dan datanglah kepadaku menjadi muslimin dan tunduk ke¬pada Allah.
Belatuk telah ditunjukkan oleh Allah menjadi diplomatik kepada Nabi Sulaiman a.s. Belatuk ini dapat kita akui, bahawa ia lebih tinggi kedudukannya dalam menjalankan peranan menarik orang-orang yang kafir berpaling kepada Allah Yang Pengasih dan Penyayang.
Sungguhpun belatuk tidak bertemu dengan Ratu Balqais, tetapi ia berjaya menjadi pengintip untuk mengintip kerajaan yang mempunyai pegangan dan kepercayaan yang menentang Allah Azim.
Kalau kita meneliti warkah berdaulat Nabi Allah Sulaiman seperti ayat 30 dalam surah An Naml, sesungguhnya kita akui bahawa kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim (ARAB)mempunyai hikmat yang amat besar untuk mempengaruhi minda dan jiwa manusia.
Betapa agungnya Ratu Balqais dan betapa kuat orang-orang besar dalam kerajaannya, tetapi dengan kalimat Bismillah yang dibaca dari warkah Nabi Sulaiman yang diterbangkan oleh belatuk itu, telah melembutkan hati mereka dan mereka tunduk dan mengikut jalan Nabi Sulaiman iaitu beriman kepada Allah.
Ayat Bismillah ini juga mempunyai pengajaran ( ARAB) yang paling tinggi kepada manusia. I
Ayat ini juga digunakan oleh para Rasul Allah dan para Nabi Allah dalam kehidupan mereka. Kalimat ini digunakan oleh para a1im ulama, para wali dan para insan yang beriman kepada Allah untuk memulakan setiap pekerjaan hinggalah kepada waktu memulakan peranan asmara dan hubungan jenis suami isteri dan memasukkan mayat ke dalam liang kubur.
Kalimat ini boleh digunakan oleh setiap orang mukmin untuk apa jua tujuan, amalan dan tindakan dalam kehidupan mereka.
Dengan iman yang teguh kepada Allah, dengan hati yang suci murni kepada- Nya, jika dibaca kalimat Bismillah ini sebanyak 3333 kali, 333 kali, 30 kali atau 3 kali akan dapat menyembuhkan apa jua penyakit, melembutkan hati yang keras pada manusia dan boleh menarik hati wanita atau pria (lelaki) supaya jatuh cinta kepada kita iaitu dijadikan ilmu pengasih.
Mujarab atau tidak dari kita gunakan kalimat ini, bergantung pada sejauh mana keyakinan kita kepada diri kita, kepada Allah Subhanahu wa Taala dan Allah menerima atau tidak akan hajat kita itu.
Membaca kalimat suci ini sebagai doa memohon Allah makbulkan hajat kita, maka insya Allah permohonan kita Allah akan makbulkan.
Allah Subhanahu wa Taala telah mengaku dalam Quran seperti berikut:
(quran)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadaku tentang Aku, maka(jawablah), sesungguh nya Aku adalah hampir. Aku mengabulkan permintaaan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepada-KU, maka mereka itu hendaklah mengikut (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka senantiasa dalam kebenaran.
(quran)
Dan Tuhanmu berfirman: "Minta (berdoalah) kepadaKu, nescaya Aku beri perkenan (mustajab) bagi kamu."
Belatuk mempunyai ragam hidup yang agak berbeza daripada unggas-unggas lain, sama ada cara terbangnya, cara mencari makanan, cara meminum air, tempat tinggalnya dan mahupun kekacakan dan gayanya.
Apabila ia terbang, cara menuju arahnya seperti gelombang air sedang bergelora dan pantas pula. Mencari makanan dengan cara berusaha yang bersungguh-sungguh, iaitu menebuk batang-batang reput dengan menggunakan paruhnya yang tajam dan lidahnya yang panjang. Meminum air dari air yang bersih di dalam lubang punggur yang tinggi. Tempat tinggalnya juga dalam lubang punggur yang tinggi. Kekacakan dan gayanya amat jauh bezanya dari unggas-unggas yang lain, iaitu berjambul merah atau disebut orang 'belatuk berjambul emas' . I
Orang-orang Melayu semenjak zaman berzaman sangat arif akan hubungan belatuk dengan Nabi Allah Sulaiman. Mereka mengambil belatuk untuk salah satu daripada peribahasa, iaitu
Punggur rebak belatuk tumpang mati. Ertinya seseorang yang bergantung kepada orang lain, seperti ahli politik yang bergantung kepada ketuanya, kalau tuannya jatuh, maka dia ikut jatuh.
Kejadian ini sering berlaku dalam masyarakat bangsa kita dan masyarakat manusia di seluruh dunia ini.
Ada satu kisah mengenai belatuk dengan Nabi Allah Sulaiman, tetapi tidak terdapat di dalam Al Quran, hanya diceritakan secara lisan oleh orang-orang alim, terutama waktu mereka menggambarkan sikap manusia yang mengejar kemahsyuran diri dan menjadi takbur.
Menurut kisah itu, bahawa dalam zaman sebelum Nabi Allah Sulaiman belatuk tidak mempunyai jambul merah atau jambul emas dan ia mencari makanan di dalam semak samun dan meminum air dalam tasik, paya dan sebagainya.
Dalam zaman Nabi Allah Sulaiman belatuk telah memohon kepada Nabi Allah itu supaya berdoa kepada Allah SWT agar dikabulkan maksudnya bagi mendapatkan jambul merah atau jambul emas.
Mendengar beberapa kali permohonan belatuk itu, Nabi Allah menasihatkan kepada belatuk supaya mengenepikan hajat¬nya untuk mendapatkan jambul merah atau jambul emas. Nabi Sulaiman memberitahu belatuk, ia lebih baik tidak berjambul emas kerana kalau ia berjambul emas banyak bahaya akan berlaku ke atasnya.
"Orang mahukan jambul kamu. Kamu akan diburu, dipanah atau dilontar dengan batu, akhirnya kamu tidak dapat mencari makanan di tempat-tempat biasa dan tidak dapat minum air dari tasik atau sungai seperti sekarang ini," demikian agaknya Nabi Allah Sulaiman berkata kepada belatuk.
Tetapi belatuk tidak dapat mengubah hajatnya. Beberapa bulan kemudiannya, ia mendapat jambul merah atau jambul emas. Semenjak itulah ia diburu oleh manusia dan ia tidak dapat makan dan minum di tempat biasa, sebaliknya makanan dicari pada punggur-punggur atau kayu buruk, minum air dari lubang kayu bahkan tempat tinggalnya pun dalam lubang punggur.
Akibat yang paling besar, belatuk sentiasa berhadapan dengan nasib buruk dan mati kerana punggur yang ia tumpang tumbang atau rebah ke bumi.
Orang-orang Melayu sering menggunakan peribahasa `seperti belatuk berjambul emas' bagi orang-orang yang memperolehi gelaran dan nama dari Raja atau kerajaan.
Manakala orang-orang yang turut jatuh setelah tuannya atau ketua mereka jatuh terutama dalam bidang politik dan ekonomi diumpamakan 'punggur rebak belatuk tumpang mati. '
Maha Suci Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah belatuk dengan Nabi Sulaiman a.s. - (RDaQ.mp)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.