Tuesday, September 22, 2009

MENUNG SEKETIKA



RATIB RAKYAT

Allahu Akbar!

Tahun keramat empat pu;luh lima,

Suara para pejuang bangsa:

“Satu bangsa; Bangsa Melayu,

Satu Negara: Negara Melayu,

Satu bahasa: Bahasa Melayu,

Agama Islam agama Negara.


Allahu Akbar!

Gemaa ratib pejuang kita,

Melayu Nusantara;

Ibrahim Yaakob, Abhy, nama penanya,

Ishak Haji Muhammada, pak Sakor nama mulia,

Dr. Buhanuddin Helmi beriman, takwa,

Ustaz Abu Bajkar Al baqir pejuang Negara Islam,

Ahmad boestaman, Shamsiah Fakeh wiara seri kandi negara.


Allahu Akbar!

Melayu tak hilang di dunia,

‘Bangsa Melayu menggugat dunia,

Semua raja Melayau tentang perjuangan kita,

Tidak mahu merdeka!

Sayangkan Inggeris, kiju dan mentega.


Allahu Akabar!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Ratib kita, jerekah kita, pekik gempita kita,

Bangsa Melayu gugat dunia,

Jihad kita, darah, daging, tualang dan nanah,

Demi bangsa kita, negara kita, Islam agama kita.


Allahu Akbar!

Empat lapan dan lima puluhan,

Tahun – tahun penjajah menggila,

Ratib mereka, ratib kita,

Bangsa kita,

Negara kita,

bahasa kita,

Jeriji besi,

Tembok batu,

Kawat berduri,

ISA dan khemah tahanan dia mana – amana,

Belenggu para pejuang bangsa kita.


Allahu Akbar!

Ratib kita, ratib ummah, ratib wali,

Bulan keama Jun lima enam,

‘Biduk lalu kiambang bertaut’

Kongrs Bahasa dan Persuratan Melayu,

Ratib bahasa ibundaa, ratibn berdaulat,

Wujud dbp gedung keramat ratiba bahasa,

Ratib penulis, ratib sasterawan bangsa,

Ratib pencinta bahasa ibunda,

Bahasa Melayu bahasa negara,

Bahasa Jiwa bangsa!

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!


Allahu Akbar!

Ratib anak Melayu setia,

Berjuang terus demi agama kita,

Sayang! Para pemimpin tidak sekata,

Ramai menganut faham asobiah,

Yahudi, Kristian dan faham menentang Allah,

Lalu Melayu bebelah belah.


Allahu Akbar!

Tentang hukum Allah,

Kurung hamba – hamaba –Nya,

Lunturkan yakin dan iktikad,

Konon, praktik hukum Quran salah,

Lalu memanjang Melayu berbalah.


Allahu Akbar!

Ratib anak Melayu setia,

Mata merenung hati waspada,

Di sekeliling kita,

Rambung, jerai bersama dendalu,

Menumpang setia di pepohon keramat,

Akibatnya, pepohon mati hilang nama.


Allahu Akbar!

Ratib Insaf, ratiab wasapada,

‘Sai buta hilang tongkat’, iaah kita,

‘Menang sorak kampaung tergadai, adalah kita,

‘Dagang merempat di bumi sendiri’, kita jua.


Allahu Akbar!

Jika Islam ditepi – tepikan,

Quran tidak jadi pegangan,

Sunnah Rasul diabaikan,

Antara azan ada suara biduan wanita,

Para remaja kita hilang arah.


Allahu Akbar!

Ratib kerama Allahu Akbar,

Kun fa yakun! firman Allah,

Iradat – Nya, Kudrat – Nya;

Sekelip mata cuama,

Melayu hilang di dunia!!!


Felda Kota Gelenggi Tiga, Pahang .........................Mokhtar Petah










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.