Kepada keksihnya, di syurga menanti.
BERHARI RAYA DI RANTAU
MASYARKAT FELDA GELERNGI, PAHANG
HIDUP BERLAINAN CORAK POLITIK, PERPADUAN TETAP KUKUH
MENCABAR PARA PEMIMPIN WUJUDKAN SEGERA
KERAJAAN PERPADUAN
HIDUP BERLAINAN CORAK POLITIK, PERPADUAN TETAP KUKUH
MENCABAR PARA PEMIMPIN WUJUDKAN SEGERA
KERAJAAN PERPADUAN
Saya telah lama kehilang ayah dan bonda.Mereka kini berada di syurga kurniaan Allah. Adik saya, Ustaz Ghazali Peberaya di kam Al Maunah, Kuala Kangsar. Raya Aidil Fitri kali ini, saya dan keluarga, yang mungkin mereka juga akan kehilangan saya, kerana Allah telah menjanjikan saya tempat di syurga, telah menyambut hari raya di rumah adik saudara saya dan juga anak angkat bapa saya, Norila bin Haji Ahmad dan suaminya Mat Saat bin Yaakob, di Desa Alamanda, Felda Gelenggi 3, Jerantot Pahang.
Saya bersama isteri, Sitti Haishah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah, Bahsagian Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalahysia, dan tiga anak kami :Petah Wazzan Iskandar -Wartawan Berita Harian, di Pulau Pinang dan mahasiswa UITM Shah Alam, Petah Shahrir Aidid - siswa KLIUC, Bangi, dan editor blog ini - dan Petah Ibnu Khaldoon - jurutera, di Putrajaya, telah menyertai keluarga Norilah - sebuah keluarga yang besar.
Pada malam raya, kami berkumpul dalam rumah yang besar, sambil makan kami bercakap dan bercerita.Kisah lama, kisah baru dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.Kami tidur lewat.
Sesungguhnya kami mempunyai kaum keraba di seleuruh Malaysia.
Pada pagi hari raya, saya bersama anak anak dan Mat saat sembahyang hari raya di Masjid. Aya kagum, dalam rimbah banat dan rimba kelapa sawit, di sekitar masjid itu lebih dua ratus buah kereta lama dan baru, sederhana dan mewah, milik para peserta peneroka Felda dan anak - anak mereka yang berpendapatan besar dan berpangkat timnggi dalam kerajaan dan syarikat sawasta..
Dalam masjid besar yang dipenuhi para muslimin itu, sambil bersyuku,r kepada Allah saya terkenang kepada rakan saya, Allahyarham Tun Abdul Razak - PM Malaysia yang telah merancang d mewujudkan Felda selusuh negara bersama Taib Anda, Ishak Tadin, Tengku Sharimah, Raja Alias dan beberapa orang pegawai tinggi Melayu lagi.
Saya aki para peneroka Felda berdisiplin, takwa kepada Allah, pandai menguruskan ekonomi sendiri.berakhlak mulia dan menghormati tetamu.
Mereka seperti rakyat Malaysia yang lain,menganut faham politik yang berbeza, tetapi mereka bersatu padu di bawah kalimat Allah dan naungan Quran. Beberapa orang yang dapat saya temui, sekata; berharap para pemimpin beragama Islam menyegerakan rancangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
Lepas sembahyang raya, saya telah menziarah pusara ayah saudar saya, Haji Ahmad bin Haji Jaafat anak Norila, guru silat,Shuhaimi, di tanah perkuburan Felda tersebut.Beratus sorang temen ziarah pusara ibu bapa saudara mara dan kaum kerabat masing- masing.
Di sanalah, saya melihat tanah pusasa itu seolah -olah tenggelam dalam banjir air mata yang keluar dari lubu - lubuk mata mereka yang sedih dan duka.
Pada sebelah petang saya dan keluar menziarah ibu mertua anak saudatra saya, Rashiqah bin Ghazali di Felda Padang Piol dan keraba saya, Felda Sungai Retam, berhampiran dengan Taman Negara.
Pada malam sebelum saya dan keluar pulang ke Kuala Lumpur, kami bercakap dengan perasaan suka dan duka, mengenang dan terkenang kepada masa silam dan mereka yang telah tiada.
Saya dan keluarga pulang ke Kuala Lumpur pada jam 1.00 awal pagi.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.