Thursday, August 27, 2009

WAK UDA DENGAN MAK WA

ULIT - ULIT ORANG DERITA

Wak Uda: Puasa dah lima aghi ..., Allahu Allah ..., bior Kamu beghi kemo ni susah ...,
asal jangan jadikan kemo oghang mughtad ...., Ala ala ala ... Rindu hati tak
tekigha ..., nakku bawak peghauku sempit ..., nakku tinggalkan, tak sampai
hati ...
Mak Wa: Apa yang dighengekkan tu ...?
Wak Uda: Tak ada apa ..., ngenangkan untung nasib kita ..., dah macam ghambutan
jantan, oghang bebunga kita bebunga, oghang bebuah, kita tidak.
Mak WA: Mana nak buatnya ..., nasib kita ..., dan sama - sama mandoi ...
Wak Uda: Apa makanan kita bebebuka ..., Awa?
Mak Wa: ... adale ..., syukurle ...,
nasih beghas pasang kughau,
Sambal belacan, cabai patah,
asam tempoyak,
ulam jering cambah,
petai jeruk,
geduak ghekah gusi.
Wak Uda: Sedap benor tu ...
Mak Wa: Sedapke ..., tak sedapke ..., apa nak dikatakan dah sama - sama tinggai gusi.
Wak Uda: Tak ada gigi ada gusi,
kasih kita,
sampai ke tua.
Yang ada gigi beceghai juga.
Mak Wa: Dah makan jeghing, geduak, petaai tu ..., malam ni ..., malam Jumaat ...
Wak Uda: ... malam Jumaat, ngapa?
Mak Wa: Jangan awak kentut aje ..., baca Yasin...
Wak Uda: ...tu yang buatkan kanda sayangkan dinda ...
Mak Wa: Makan sambal tempoyak, jeghin, geduak, petai jeruk ..., bunyi cakap
macam ghaja Melaka pulak.
Wak Uda: Yang dijulang ghaja Melaka ..., yang deghita kita ..., papa kedana ..., me
ghempat di bumi sendighi ..., dik dengor guruh di langit ..., air setempayan
dicurahkan..."
Mak Wa: Al hamdulillah ...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.