Thursday, August 27, 2009

DARI SEJARAH NUSANTARA


BANGSA MELAYU

’Apabila telah nyata Raja - Raja Melayu dan Orang Besar – Besar telah mabuk angan – angan, maka diberilah kuat kuasa untuk mengerah rakyat jelata supaya mentaat dengan buta tulis akan Raja – Raja Melayu dan siapa yang menentang dan enggan taat kepada mereka dianggap khianat dan ingkar.

Diberi gelaran – gelaran kepada Raja – Raja Melayu di samping menyusun segala adat istiadat yang ramah tamah dan diadakan pula tingkatan yang berbeza atau kasta.

Tetapi bagi rakyat yang mempunyai semangat pemberontak memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan tidak lebih daripada lanun – lanun yang menang dan mengangkat diri sendiri menjadi Raja dan Sultan.

Tidak cukup dengan cara demikian, oleh Inggeris mencari pula lebai – lebai dan para ulama ujntuk mengajar agama Islam yang dalam pengajaran itu dimasuk kebesaran Raja – Raja dan Sultan - Sultan sehingga rakyat yang tidak mempunyai kesedaran memandang Raja – Raja dan Sultan – Sultan maha tinggi darjah hidup mereka.

Sebenarnya menguastkan kedudukan Raja – Raja dan Sultan – Sultan bukanlah dengan kehendka bangsa Melayu dan bukan pula tuntutan adat dan agama Islam tetapi dengan tujuan memaksa rakyat tunduk kepada kebesaran Raja – Raja dan Sultan – Sultan dan juga Inggeris yang mabuk kuasa.’ – Dipetik dri buku, Bangsa Melayu Menggungat Dunia (Mei 1966), oleh: Mokhtar Petah, hlm 45,46.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.