Thursday, August 27, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


DENGAN KEBIJAKSANAAN

Serulah kepada jalan Tuhan anda (Muhammad s.a.w.) dengan hikmat, kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik; sesungguhnya Tuhan anda yang lebih mengetahui orang yang sesat dari jalan - Nya dan Dia jua yang lebih mengetahi akan mereka yang mendapat petunjuk. –An Nahl:125

HADIS

PERTAHAN KELUARGA

Rasulul Lah Muhammad s.a.w telah memaklumkan: Sebaik – baik kalian ialah orang yang mempertahankan keluarganya selama tidak membawa kepada dosa.

Perawi: Abu Daud

PETUA

ASOBIAH

Orang – orang yang mempertahankan asobiah (kaum atau bangsa) mereka dengan mengenepikan hukum – hukum (segala perintah dari Allah), mereka menjerumuskan para pengikut mereka kepada salah satu dari empat fahaman ini, iaitu, Kapitalisme, sosialisme, komunisme dan atheisme – semua fahaman ini adalah ciptaan orang – orang kafir (kiafir ahlul kitab, kafir mensyirikkan Allah dan kafir menafi wujudnya Allah).

TAHUKAH?

ARAK DAN JUDI

Salah satu dari banyak sebab golongan ulama dalam UMNO keluar dari parti kebangsaan Melayu itu dan menubuh PAS, pada tahun 1951, ialah ada di antara para pemimpin atasannya ketagih arak dan kaki judi (lomba kuda, mahjong dan literi).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.