Wednesday, August 26, 2009

DOSA


KISAH MEREKA YANG BERDOSA

(IV)

Oleh: Mokhtar Petah

Kisah ini adalah kisah benar dan menjadi teladan, hasil dari penyelidikan ke atas lima belas orang wanita yang menderita kerana didera penyaki barah (kanser) payu darah; ada yang berkepala botak, dogol dan dada berpapan tanpa buah dada, kerana telah dipotong.

Mereka itu terdiri 15 orang wanita.13 orang beragama Islam dan seorang daripada mereka keturunan India Islam dan ibunya Melayu. Seorang wanita beragama Hindu dan seorang lagi wanita Cina menganut agama Majusi.

Semua wanita yang menerima dosa tunai di dunia dari Allah itu berusia antara 25 hingga 48 tahun, iaitu telah masuk usia yang lanjut atau tua.

Pengakuan semua wanita itu kepada saya dalam keadaan mereka sedar. Masing – asing berada dalam gaung duka yang laksana neraka dunia bagi mereka. Mereka mengizinkan saya menyiarkan kisah mereka itu dalam media, tetapi kerana sebab – sebab menasabah dan tertentu, mereka meminta saya tidak menggunakan nama batang tubuh mereka yang sebenar.

1- Intan, 32 tahun. Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat eksport dan

import. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia lebih dua

puluh tahun dari umurnya. Perkahwinan mereka melalui percintaan yang

memakan masa lebih lima tahun. Suami Intan bekerja dalam sebuah

syarikat besar milik Bumiputera – Cina.

Suaminya telah mendapat kemalangan jalan raya. Akibat dari kemalangan tersebut, separuh badannya – dari pusat ke hujung dua puntung kakinya telah lumpuh.

Walaupun dia lumpuh, masalah makan minum dan menanggung isterinya dan seorang anak perempuan mereka tidak menjadi masalah kepadanya, kerana dia mempunyai wang dan hart yang banyak.

Kata orang bijak pandai tentang cinta antara lelaki dengan perempun, bahawa cinta bertahan sementara dalam keadaan senang dan tubuh badan sihat, tetapi kalau telah berada dalam kesusahan dan tubuh badan laksana bang buruk hanyut dalam sungai, cinta perempuan kepada suaminya akan luntur dan lebur.

Suami Inta menanggung penderitaan zahir dan batin. Penderitaan zahir kerana tubuhnya lumpuh dan penderita batin kerana saban hari dia diseksa oleh isterinya.

Intan tidak memberi makan minum kepada suaminya menurut kebiasaan. Jika dia rajin diberikah makan minum kepada suaminya itu. Jika dia tidak rajin, dia membiarkan suaminya minum air masak dengan biskukt tawar dan kering yang sentiasa ada dalam tin dekat tempat suaminya terlentang.

Anak perempuan mereka tinggal di asrama sekolah menengah.Dia pulang ke rumah sekadar sebulan sekali.

Hampir saban malam Inta membawa teman lelakinya ke rumahnya. Dia telah melakukan asamara dengan teman lelakinya di hadapan suakminya. Dia melakukan maksiat dalam bilik dia dan suaminya. Pendeknya Intan telah menganggap suaminya sama dengan tunggul dimakan api dan buruk di tengah huma.

”...intan salah ..., Intan sesal ..., kira- kira tiga bulan lepas suami intan meninggal dunia, doktor sahkan barah dah makan buah buah dada Intan sebelah kiri ...

” ... Intan dirawat di hospital selama tiga bulan ...,kena kimotrapi ...,

sebelah buah dada Inta terpaksa dipotong ..., tinggal sebelah ..., ni pun

kata doktor dah berjangkit...,” Intan bercerita sambil menangis.

”Intan harapkan suami Intan ada tinggalkan harta kepada Intan ..., Intan

Sedih ..., cuma rumah yang ada sekarang ditinggalkan untuk Intan,

hartanya yang lain dibubuh nama anak kami ...hartanya yang lain

diserahkan kepada rumah anak yatim, masji ...,” jelasa Intan.

”Intan tahu semua tu dari peguam ...., rupanya dalam dia sakit dia minta

peguam buat surat wasiat ..., tukar nama rumah ni kepada Intan ...,

hartanya, duit dalam bank ..., saham ..., tiga rumah sewa, kepada anak

kami, rumah anak yatim, masjid ..., sekolah agama pun ada ...,” jelas

Intan lagi.

”Tak apa, Intan harap, dia ampunkan semua salah Intan kepada dia ...,”

kata Intan. Menangis dengan wajah buruk orang berdosa besar.

2 - Aminah, 41 tahun. Bekas guru kelas dewasa. Setelah dia bercerai

dengan suaminya, seorang petani sepenuh masa, dia telah berkahwin

dengan pekerja kontrek dari Aceh, Indinesia.

Suami Aminah seorang yang baik dan bertimbang rasa terhadapnya.

Tetapi Aminah telah menggunakan kesempatan dari timbang rasa

suaminya itu untuk menderhakannya.

Menurut Aminah, dia pernah menyimbakan air panas kepada belakang suaminya. Suaminya sabar. Dia tidak mengadu kepada polis. Dia merahsiakan perkara itu dari diketahui oleh orang lain.

Aminah tidak melayan kehendak seks suaminya. Tetapi suaminya sabar. Setiap kali dia gagal mendapatkan hajatnya dari isterinya, dia sembahyang dua tiga jam lamanya.

Lima bulan sebelum Aminah diserang kanser payu dara, suaminya telah pulang ke Aceh.Semenjak itu dia tidak pulang – pulang lagi ke pangkuan Aminah.

”Suami Minah tinggal RM10,000 kepada Minah ..., duit tulah Minah buat

belanja ...,” Aminah memberitahu.

” Minah tak tahu kampung halamannya..., tapi kalau Minah tahupun nak

buat apa ..., Minah dah sakit begini ..., agaknya dia sedih kerana Mina

derhaka kepada dia ...,” Aminah memberitahu lagi.

Kepala Aminah dogol seperti kepala perempuan penunggu patung Budha.

Wajahnya pucat seperti cacing tengah hujan.

”Minah salah ..., minah berdosa ..., Minah derhakakan suami Minah ..., dia

baik ...,” kata Aminah hampir meraung.

Saya melihat Aminah berkeadaan bangkai bernyawa. Dalam keadaan yang menyedihkan itu, lebih baik dia dimatikan Allah segera. Hidup memanjang di dunia ini, tidak mendatangkan apa – apa faedah kepada bangsanaya dan negaranya.

Saya teringat akan kata – kata ulama tasawuf yang saya telah menulis buku tentangnya, iaitu Haji Mat Saman Kati (Perak): , doa lawan ibu bapa, dosa lawan suami, dosa berjahat dengan isteri orang ..., doa hasad dengki ..., dosa memburuk – burukkan sesama orang Islam...”

(bersambung)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.