DIWAJIBKAN BERPUASA
Hai orang – orang yang beriman, diwajibkan kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kalian, agar kalian bertakwa.
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberap hari yang tertentu; maka sesiaPa di antara kalian yang sakit, atau dalam musafir (bolehlah berbuka puasa), kemudian diwajibkan dia berpuasa sebanyak ( hari yang dia telah buka) itu pada hari – hari yang lain; dan wajib di atas orang - orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebgainya) memberi fadyah, iaitu memberi makan kepada orang - orang miskin (sebanyak satu cupak sehari yang dia tidak berpuasa). Maka sesiapa dengan reda memberi (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebajikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kalian (daripada memberi fidyah), jika kalian mengetahui.
(Masa yang diwajibkan kalian berpuasa ialah) pada bulan Ramadan yang padanya diturunkan (ayat – ayat) Al Quran yang menjdi potunjuk bagi semua manusia (Muslimin dan muslimat dan orang – orang lain), dan menjadi keterangan - keterangan yang memperjelaskan petunjuk, dan (memperjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kalian yang menyaksi (nampak atau mengetahuinya) anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa pada (awal) bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah dia berbuka puasa, kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari – hari (dalam bulan lain). (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kalian beroleh kemudahan, dan Allah tidak menghendaki kalian menanggung kesukaran. Dan juga agar kalian mencukupkan bilangan hari berpuasa (sepanjang bulan Ramadan), supaya kalian mengagungkan Allah kerana mendapat hidayah (petunjuk) – Nya dan (juga) agar kalian berterima kisih ( kepada Allah) - Al Baqarah: 183 – 185.
HADIS
PERISAI DARI API NERAKA
Rasul Allah Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Puasa adalah perisai (mempertahankan diri) dari api neraka seperti perisai seseorang dari kalian dalam peperangan.
Perawi: Imam Ahmad dan An Nasa'i.
PETUA
JIKA MINAT BERPOLITIK
Jika anda berminat untuk berjuang dalam arena politik ( sama ada dalam parti kerajaan mahupun parti pembangkang), jika anda pegawai atau kaki tangan kerajaan, maka eloklah anda berhenti dari jawatan anda, kerana, politik adalah madat, akan menjadikan anda tidak beramanah (ada cuai, punting kerja dan tidak semperna menunaikan kewajiban) kepada kerajaan atau pemerintah
TAHUKAH?
DERHAKAKAN SUAMI
Allah paling murka kepada perempuan (isteri) yang menderhakakan suaminya, walaupun derhaka itu kecil cuma). Kebanyakan perempuan yang menderkakan suaminya, didera dengan penyakit, seperti barah payu dara, barah rahim, busung, saki kronik atau penyakit ganjil.
Jika ada isteri yang derhakakan suaminya, lekaslah bertobat kepada Allah, minta ampun kepada suami dan minum air kaki suaminya, kerana air kaki suami itu menghapus sial yang tersanmgkut pada tubuh isteri.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.