KITA HANYA HAMBA
Kita hanya hamba,
Allah Pencipta mani bapa,
Peruang rahim ibu,
Lahir kita dalamkeluh jeritnya.
Kita hanya hamba,
Tiada beza Raja dan kita,
Tiada patik (anak anjing kurap) gelar kita,
Allah nilai iman dan takwa.
Kita hanya hamba,
Siapa pemimpin kita,
Taat kita sejujur hati,
Selagi jujurnya terbukti.
Kita hanya hamba,
Jika rasuah amalan pemimpin,
niputisme dan maksiah jadi amalan,,
tinggalkan dia di tengah jalan.
Kita hanya hamba,
Walau pemimpin berkepala sembilan,
Jika menolak hukum Tuhan,
Berpatah ke belalang cari pedoman.
Kita hanya hamba,
Pemimpin tulin hamba juga,
Quran dijunjung praktik hukum Tuhan,
Memimpin negara ideologinya Islam.
UKM …..................... Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.