PUTUS CINTA
Zainal Rashid berkelakuan seperti orang-orang Yahudi. Macam Belanda minta tanah. Beri sedikit hendakkan banyak. Seperti kata orang tua-tua Melayu, diberi betis hendakkan peha.
Persahabatan Zainal Rashid dengan Fauziah telah meniti atas landasan biasa. Persahabat penuntut dengan penuntut. Persahabatan orang bermaruah. Tidak lebih dari itu. Tidak bercabang. Tidak menyimpang.
Dari sebulan ke sebulan Zainal Rashid mengisi nasihatnya kepada Fauziah.Gadis itu dinasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh. Menjaga maruah dan harga diri. Tunai amanah dan harapan ibu bapa. Apabila pulang ke tanah air nanti akan menjadi seorang ilmuan yang dihormt oleh orang ramai.
IKAN DI AIR
Pada bulan ke empat dan kelima, Zainal Rashid telah menyimpan hasrat terhdap Fauziah. Fauziah dipansang sebagai ikan di air dan dia sebagai pemaqncing dengan umpan. Ikan mesti dipancing. Melepaskan ikan begitu sahaja, pemanciang itu bodoh dan kecundang.
Fauziah pula memandang Zainal Rashid seorang lelaki tiada bandingnya. Jika dibandingkan dengan kekasihnya, Khalid, walaupun Khalid agak segak, tetapi pengetahuan Zainal Rashid lebih tinggi.Ibrat puncak Gunung Pondok dengan lembah di belakang rumah di Padang Rengas.
Saban hari Fauziah dilanda perasan sayangkan Zainal Rashid. Bila berjauhan rindu. Dekat mengkobarkan perasaan. Dalam mimpin ada dia. Dalam khayal ada dia juga.Fikirannya sering mendesak dirinya; memilik Khalid atau Zainal Rashid.
“Tidak pernah aku lihat renungannya menyala seperti puncak unggun api, selain dari renungannya,” Fauziah teringat akan kata-kata ilmuan dalam ilmu balaghah yang telah dipelajrinya.
MELEBURKAN IMAN
Renungan Zainal Rashid bagaikan puncak ungun api. Renungan itu membakar perasaannya. Meburkan kesetiaannya kepada Khalid. Meleburkan imannya.Setiap detik dia bersama Khalid naluri gaidisnya menuntut belaian dari pemuda itu. Dia sedia menyerah jiga diminta oleh sahabtnya itu.
Pada pertengahan bulan yang ke enam, Zainal Rashid dan Fauziah telah memusnahkan kejujuran masing-masing. Kemusnahan itu dalam telah bernmula dalam chalet di pinggir Sungai Nil. Di sana kuntum padma dari lembah Gunung Pondok itu telah koyak dan robek. Dalam chalet itu maruah juga Zainal Rashid sebagai mahasiswa syariyah dan usuluddin tercemar. Rosak. Musnah.
Mereka telah menjadi dua manusia dalam golongan orang-orang munafik.Orang-orang yang bercakap bohong, menyalahi janji dan khianati amanah .
BEKAS KEKASIH
Pada satu pagi minggu, sementara menanti Zainal Rashid menjemputnya, Fauziah membaca sekali lagi surat dari bekas kekasihnya, Khalid.
Fuzi.
Keputusan Fuzi memutuskan cinta kita, tidak
mengejutkan saya, memang seperti yang saya telah
sangkakan pada waktu kita berjumpa dulu. saya terima
keputusan Fuzi dengan ikhlas. Sesungguhnya saya
tidak dapat menolak takdir.
Saya berharap Fuzi maju jaya dalam pelajaran dan
kembali ke tanah air sebagai seorang ustazah yang
memiliki ijazah dari universiti Islam dan dapat
membela anak bangsa kita.
Saya harap Fuzi bahagia dengan kekasih Fuzi yang
baru.
Salam dari saya.
Khalid Ismail.
“Hai, Khalid, kasihan..., apa boleh buat, takdir...,” bisik Fauziah.
PERSIMPANGAN CINTA
Ada titik-titik penyesalan dalam hati Fauziah kerana melakukan maksiat dengan Zainal Rashid. Fauziah tidak membenci Khalid.Tetapi dia telah terjebak dalam dua persimpangsan cinta. Cintanya kepada Khalid masih wujud dalam hatinya. Tetapi persimpangan cintanya yang dijejakinya dengan Zainal Rashid, cinta nafsu syaitan.
Keputusan Fauziah menolak Khalid bukan kerana dia tidak mencintai pemuda itu. Penolakannya kerana dia tercemar. Laksana bunga padma kembang dilemab, telah dirobek-robek oleh belalang dewa. Fauziah bernekad, haram baginya menghidangkan sisa orang lain kepada Khalid. Demi Tuhan, Fauziah tidak mahu Khalid mengutip sisa.
Butir-butir air mata Fauziah luruh atas surat Khalid.
“...maafkan Fuzi Khalid, apa boleh buah, tak ada jodoh kita, ana yang salah...,”sungut Fauziah.
“Lid, enta pemuda baik, ...insya Allah Lid enta akan dapat orang yang lebih baik dari Fuzi,”Fauziah menelan suaranya sendiri.
MENGGONGGONG PERASAAN
Fauziah melipatkan semula surat Khalid dan dimasukkan ke dalam lacinya.Surat pemuda itu tidak akan dijawabnya. Biar Khalid memarahinya. Biar Khalid membencinya. Dengan menggonggong perasaan sedih, Fauziah bergegas turun dari aparmantnya. Zainal Rashid sedang menunggunya dalam teksi, di halaman aparmant itu.
Fauziah duduk di sebalah kiri Zainal Rashid dalam teksi yang membawa mereka ke pusat bandar Kahirah. Wajah Fauziah muram. Moyok. Zainal Rashiud menjeling kepadanya. Hati Zainal Rshid menyangka gadis itu sakit.
“...ngapa ente ni, nampak muram?”Zainal Rashid bertanya kepada Fauziah.
“...tak, tak, biasa aje,”jawab Fauziah.
“Tentu ada apa-apa ni...,’kata Zainal Rashid sambil memegang tangan kiri Fauziah.
“Tak. Tak ada apa..., sungguh...”sahut Fauziah.
Pagi itu permulaan musim cuti semua kolej dan universiti di Masir selama dua minggu. Zainal Rashid dan Fauziah akan menghabiskan hari-hari cuti, di bandar Iskandariah.
Zainal Rshid dan Fauziah turun di perhentian teksi dalam Bandar Kahirah. Mereka menyambung perjalanan ke Iskandariah dengan sebuah teksi lain.
AMAL KEBAJIKAN
Zainal Rashid dan Fauziah melancong ke Iskandariah di bawah tajaan Kelab Nasionalis di Kahirah. Mereka telah mendapat perunjtukan wang yang lumaian, tempat penginapan di hotel dan makan minum selama di sana.
Kelab Nasional membiayai Zainal Rashid dan Fauziah, setelah Na’imah Halfa persetujuan dari Naimah Halfa. Kelab tersebut menaja mereka melancong di bawah satu projek ‘amal kebajikan’. Dengan ‘amal kebajikan’ itu kelab tersebut akan dapat menarik ramai pemuda-pemudi dari negara-negara Islam menyertai aktiviti yang didalangi oleh gerakan Free Masson. Mereka akan berubah menjadi pemuda pemudia Islam yang moderatdiasak dengan fikiran-fikiran ’Islam moderate’. Pemuda pemudi berfikiran sederhana dalam Islam. Ada waktu-waktunya mereka berfikiran yang berlawanan hukum-hukum sebanar dalam Islam. Boleh meringankan dan bahkan boleh menghalalkan yang haram.
“... mana-manan yang berminat dalam bidang kewartawanan dan penulisan, kita latih mereka, pupuk mereka, adakan brain wash ke atas mereka,”kata Na’imah Halfa kepada ahli-ahli jawatankuasa kelan itu.
“Kita jadikan wartawan atau penulis memihak kepada gerakan kita, menentang gerakan Islam, mnenjadikan fikiran Islam dalam keadaan bergoyang,”kata pengerusi kelab tersebut, Ali Jibran.
“Ia, itu rancangan yang bagus,”kata Na’imah Halfa.
“...kalau mereka ulam atau ustaz, kita jadikan mereka ilmuan yang tidak percayakan diri dan tidak kuat berpegang pada agama Islam,”kata pengerusi itu lagi.
“Kita tanamkan dalam fikiran mereka pengaruh kita atau doktrin Zionis...,”kata Ali Jibran lagi.
“Bagus, sungguh praktik,...apabila mereka pulang ke tanah air masing-masih, mereka akan menjadi pengamal media yang putar beli, ulama yang boleh dipujuk dengan kekayaan dan kedudukan,”kata Na’imah Halfa.
“ ...mereka juga akan mutar belitkan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis, tentu orang-orang Islam yang buta Quran dan Hadis terpengaruh dengan mereka,”kata Ali Jibran.
“Macam mana, tuan?”Na’imah Halfa bertanya.
“Ia, misalnya, mereka menciptakan hadis-hadis palsu, daif, hadis-hadis mazhab Syi’ah digunakan sebagai hadis-hadis sahih...,”jelas Ali Jibran lagi.
Na’imah Halfa mengangguk.
“ Kita gunakan apa sahaja untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia,” tambah Ali Jibran.
“Itu, betul, tapi kita perlukan wang yang banyak...,”kata Na’imah Halfa.
“...masalah wang tak usah risau, kita, gerakan Zionis banyak wang, berbagai negara bantu kita termasuk negara-negara Arab,”kata Ali Jibran.
Na’imah Halfa senyum.
“...semua bank, kasino, kelab hiburan dan perdagnban industri di bawah pengaruh Zionis,” jelas Ali Jibran lagi.
“Ia, kita akan berjaya di atas kebodoh dan kelamahan manusia,”sambut Naimah Halfa.
“...kita akan akan menubuhkan lebih banyak lagi kolej dan universiti di negara-ngara orang Islam, pelajaran boleh mengubah fikiran mereka,” jelas Ali Jibran.
“Itu rancangan yang sangat baik,”kata Na’imah Halfa.
“Ia, pusat-pusat pengajian tinggi itu akan menjadi industi yang akan mengeluarkan inteletual-inteletual muda yang kita kehendaki,” Ali Jibran mengaku.
“Ia, seperti yang kita telah lakukan di Amerika,”sahut Na’iman Halfa.
“...kalau mereka Islam, Hindu, Budha, Kristian dan apa jua agama, mereka akan pandang agama mereka kuno, menyekat kebebasan atau mereka sifatkan agama sebagai madat,”jelas Ali Jibran lagi.
RANCANGAN ZIONIS
Zainal Rashid dilihat oleh pihak kelab nasionalis, sebagai bakal ulama dan pemimpin masyarakat di Malaysia. Sesuai dengan kegemarannya, menari, berfoya-foya, melancong dan sukakan gadis, maka dia telah diberi kemudahan termasuk wang. Ali Jibran yakin dengan kemudahan-kemudahan itu, Zainal Rashid akan peka dalam rancangan zionis antarabangsa.
Zainal Rashid dan Fauziah telah tenggelam dalam keseronokan. Mereka berbelanja dengan menggunakan kad kredet milik kelab kebangsaan. Mereka boleh berbelanja sehingga pada paras yang telah ditentukan.
Sesungguhnya Zainala Rashid dan Fauziah tidak mengetahui segala kemudahan yang mereka dapati itu di bawah rancangan Yahudi dan Zionis. Mereka hanya menyangka kelab itu dimiliki oleh orang-orang bijak pandai dan hartawan Arab, seperti yang diberitahu oleh Na’imah Halfa kerpada mereka.
TERMASUK PERANGKAP
Mereka dua orang penuntut dari berpuluh-puluh pelajar Islam di seleuruh negara-negara Islam yang telah termasukdalam pengakap Yahudi atau Zionis.
Setiap hari Zainal Rashid dengan Fauziah bagaikan pasangan sedang berbulan madu, di bandar yang mengadap ke laut Mediterranean itu. Mereka telah berkubang dalam bilik, di sebuah hotel mewah di bandar tersebut. Mereka seperti syair orang Arab:
Hawa nafsu itu bagaikan bayi;
bila kauberi kesempatan,
sampai besar masih ketagih susu.
Pada tiap-tiap malam Zainal Rashid nyenyak tidur. Dalam bilik hotel. Dengkurnya bagaikan bunyi harimau belang. Fauziah tidak dapat memejamkan matanya. Tidak dapat lena. Bekas kekasihnya, Khalid telah menjadi tetamu dalam otaknya.
Fauziah sedar, dia telah melakukan monafik dan dosa kepada Khalid. Janjinya dengan pemuda yang awal memeluk tubuhnya itu telah dikhianatinya.Tetapi apakan daya, dia ibarat terlanjur perahu ke muara.Sukar amat kembali ke tebing. Kesucian peribadai dan jiwa mudah, kerana mengikut runtunan hafa nafsunya. Fauziah telah tenggelam dalam dilema ‘nasi telah menjadi bubur’. Fauziah laksana kelapa muda ditebuk tupai.
(Dari novel, Bunga Padma Di Lembah Nil, oleh:Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.