Tuesday, June 2, 2009

UMNO DAN PAS



MENGAPA TIDAK BERSATU?


UMNO ditubuhkan pada tahun 1946. Tujuan ditubuhkan UMNO
untuk
menyatukan
semua orang Melayu - Islam bagi menuntut kemerdekaan
dan
sama - sama berjuang mengisi kemerdekaan serta berpadu
dalam sebuah
negara yang merdeka.
PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Tujuan ditubuhkan PAS bagi menyatukan umat
Islam - Melayu untuk berjuang menuntut kemerdekaan dan berpadu
dan sama - sama berjuang mengisi kemerdekaan dan hidup berpadu dalam
sebuah negara yang merdeka.
Tetapi setelah negara - Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu
dan kini Malaysia - mencapai kemerdekaan, orang Melayu - umat Islam
belum juga bersatu. Mengapa?
Adakah kerana tidak kuat berpegang kepada Islam atau kerana
masing - masing mengejar kebendaan, pangkat dan kuasa?
Hari ini nampak sebagi semua orang Melayu mengorek kubur untuk menanam tubuh sendiri yang belum mati.

1 comment:

  1. kesian pas, kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi yang menggunakan islam sebagai alat untuk capai matlamatnya.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.