Tuesday, June 2, 2009

POLITIK:


KAPITALIS DALAM PAS

Oleh: Mokhtar Petah

PAS yang telah mula diresapi pengaruh kapitalisme akan bermuktamar di Stadium Malawati, Shah Alam, mulai Khamis ini, akan menanti penentuan dirinya sendiri; adakah ia terus sebagai sebuah parti politik Islam yang bertahan dengan akidah Islamiah atau akan menjadi sebuah parti 'Islam - kapitalis.

Timbalan Mursyiudl 'Am PAS, Datuk Dr. Haron Din agar setiap ahli parti Islam itu berhati – hati terhadao usaha 'musuh dalamselimut', termasuk yang ditaja oleh UMNO dan negara asing, di kalang pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti itu perku di ambil kita dan memacakkan mercu tanda waspada.

Saya tidak yakin UMNO atau negara asing menaja, tetapi beberapa orang pemerhati politik berpendapat ada beberapa orang tokoh muda dalam PAS yang bernafsu besar dengan sistem kapitalis dan cuba mengiklankan diri untuk menjadi pemimpin parti Islam tersebut.

Mereka bukan ditaja, tetapi terikut – ikut dengan style politikus Anwar Ibrahim yang berjuang kerana Islam pada masa lalu, kini telah menjadi seorang pengamal kapital – sosio – Islamisme. Orang begini terdapat ramai di negara – negara arab, Arab Saudi, Yaman, Irak,Qatar, Masir dan beberapa negara Arab lagi.

Contoh yang masih boleh dijadikan pelajaran, Presiden Iraq, Sadam Hussein dan Presien Lybia, Muamar Gadafi. Mereka berpegang kuat pada akidah Islam dan bercakap tentang Islam di mana – mana, tetapi pada masa yang sama mereka mengamalkan sosialisme ; al Islam wal istirakiah (Islam dan sosialisme).

Saya melihat dalam PAS terdapat ramai orang yang berjuang kerana Islam, tetapi berminat kepada sosialis demokrasi – sosio – demokrasi dan kapitalisme atau menjadi orang kapitalis.

Dalam PAS terdapat tokoh – tokoh demikian. Di antara mereka itu, Husam Musa, Mohamad Sabu, Nasaruddin Mar Isa dan Hassan Ali. Mereka ini boleh bergaul dengan orang - orang dalam UMNO, Parti Keadilan Rakyat, DAP dan bahkan dalam MIC.Pendeknya mereka boleh jv politik dengan mana - mana orang dan parti politik, asalah maruah mereka tidak tercalar dan tidak rugi.

Sama ada benar atau tidak, saya tidak pasti, mapa masa saya di Makah pada beberapa tahun lalu, ada orang berkata kepada saya, “ kalau Tuan Guru Nik Aziz dan Tuanku Guru Haji Hadi datang ke sini, dia orang tua beribadat dalam masjid dan berucap kepada orang – orang Islam di sini, tetapi ada dua tiga orang PAS lain datang ke sini, dia orang tu pergi bersama kami ke atas kapal di Laut Merah kerana berhibur.”

Saya kurang percaya akan kata – kata itu. Saya anggap di ada-adakan sahaja.

Bagi saya, jika PAS dikuasai oleh mereka yang terpengaruh dengan kapitalisme, sosio – demokrasi, lambat laut PAS akan menjadi sebuah parti menggunakan nafas Anwar Ibrahim dan sejalan dengan UMNO.

Saya berpengalaman besama beberapa orang tokoh PAS pada zaman Dato Mohd. Asri bin Haji Muda, Datuk Mohd. Nasir dan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Saya mengikut mereka ke kampung – kampung mereka adalah 'orang Islam berjuang dalam Islam dan berwatak seorang muslim zuhud (berketayap putih dan berbaju peladang Arab), tetapi bila saya bersama mererka di bandar – bandar besar dan di luar negara, mereka berkadaan dan berwatak kapitalis.

Pada muktamar nanti, para pewakilan PAS boleh dengan jujur membuat penentuan; sama ada mahu PAS kekal dengan keadaan sekarang, iaitu berpegang tuguh kepada akidah dan menolak sebarang fahaman kebendaan atau berubah menjadi sebuah parti politik – Islam, nasional dan sosio – demokrasi.

Jika mahu PAS berkadaan seperti niat pada awal ditubukan dulu, maka parti itu mestilah dipimpin dan dikuasai oleh para ulama dan yang mahir dalam apa – apa ilmu dduniawi. Tetapi kalau mahu berubah, maka terilah parti poltiik Islam itu dipimpin oleh tokoh – tokoh berpengetahuan Islam dan cenderong kepada kapitalisme dan sosio- demokrasi.

Saya berpendapat, jika PAS terus dipimpin dan dikuasa oleh para ulama dan mahir pengetahuan dunia (maksud saya: progfesional), maka akan terus selamat dan akan berjaya dalam perjuangannya. Tetapi, jika parti tersebut dipimpin dan dikuasai oleh mereka yang terpengaruh dengan kapitalis dan sosio – demokrasi, maka dalam tempoh tidak lama parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu akan mencari kubur di rantau mana untuk menanam dirinya sendiri.

Pendeknya, PAS akan selamat, jika ia masih duduk dan kuat di bawan Majlis Syura (para ulama) dan dipimpin oleh para ulama yang ada berbagai pengetahuan duniawi (profesional). Biarlah PAS berjuang kerana Allah dan sering kalah, tetapi tidak dimurka Allah, dari PAS berjuangkerana kebendaan dan kuasa dan menang tetapi dikutuk Allah.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.