Wednesday, June 17, 2009

MENGENANG MASA SILAM


Mokhtar Petah



Sultan Idris Shah


Pada 1976, satu petang hujan renyai , dalam istana tepas - Istana Kenangan , telah menjadi Muzium Diraja Perak -, kami; Sultan Idris Shah, Setisuaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk IshakjTadin (kini Tan Sri), Raja Amir Shah bin Raja Razman Shah - adikong kepada Sultan dan saya sedang bercakap -cakap mengenai suasana politik di Negeri Perak dan beberapa perkara berhubungan dengan Raja - Raja negeri tersebut dan kebudayaan Melayu.






Iskandar Shah


Cerita menarik mengenai ayahanda kepada Sultan Idris Shah, iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar (1918 - 38).Baginda kuat berpegang kepada agama Islam. Rajin membaca Quran, Sentiasa menerima nasihat para ulama. Sayangkan rakyat jelata. Sering menyamar sebagai orang kampung dan melawat ke kampung - kampung untuk mendampingi rakyat jelata

Pada satu hari, Sultan Alang Iskandar telah menyamar sebagai seorang petani Melayu - pakaian baginda seperti pakaian petani miskin. Bertopi dari kain khaki yang telah buruk. Baginda telah mendatangi petani Melayu yang telah dewasa sedang bekerja dalam kebun sayur - sayurannya, di suatu kawasan tepi sungai Perak, di Bukit Chupak, Parit.
Petani itu tidak kenal orang yang mendatanginya. Dia menyangka orang biasa sahaja. Sultan Iskandar yang gemak makan jeruk maman dan bayam rebus cicih sambal belacan itu telah membeli sedikit maman dan bayam dari petani tersebut.

Sultan Iskandar memberitahu petani itu, bahawa Sultan Alang Iskandar memerintahkan dia agar membawa maman dan bayam barang sekadar untuk makan tiga hari ke Istana baginda, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kepada petani itu diberitahu, kalau dia tidak datang mengadap, Sultan akan murka. Bila sultan murka; buruk padahnya.

Sambil ketawa Sultan Idris Shah bercerita. Tiga hari kemudian petani itu telah datang ke Istana Sultan, di Bukit Chandan. Dia telah datang dengan menumpang sampan dari Parti ke Senggang. Dari Senggang, dia menumpang kereta lembu hingga ke Bendang Kering. Dengan menumpang sampan dia menyeberang ke Bukit Chandan.
Apabila dibenar masuk menghadap Sultan, petani itu hampir tumbang, kerana Sultan di hadapannya adalah lelaki yang telah datang ke kbun sayur - sayurannya.


Istana Kenangan

Istana Kenangan

Dipendekkan cerita; tidak lama kemudian Sultan Alang Iskandar telah berangkat melawat secara rasmi ke kawasan Parit. Kawasan itu adalah asal tempat isteri baginda- Raja Perempuan Perak, Raja Kalthum.

Sekitar tahun 1960 - an, saya sering berkunjung ke rumah kediaman bekas Raja Perempuan Perak itu, iaitu di satu kawasan di bawah Istana Kenangan, ke arah kampung Padang Changkat. Di rumah itu baginda tinggal bersama suaminya, Tengku Adlan bin Tengku Adil.
Setiap kali saya berjunjung ke rumah mereka, saya dijamu dengan kueh muih Melayu, seperti kueh anak dara dua sebilik, buah Melaka, ketayap, lepat ubi atau lepat pisang, bengka dan lain.
Setelah beberapa tahun Sultan Iskandar mangkat, Raja Perempuan Kalthum telah berangkat melawat ke Langkat dan Medan, Sumatera Utara. Di sana janda Sultan itu telah jatuh hati kepada pemuda, bernama Tengku Adlan bin Tengku Adil, pemain gambus di stesyen radio Medan (macam isteri Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Norizan jatuh cinta kepada P. Ramlee).Kemudian mereka berkahwin.

Raja Perempuan Kalthum telah berkahwin misyar (perempuan kenamaan dan beradaberkahwin dengan lelaki kebanyakan) dengan Tengku Adlan.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.