Abdul Hadi Awan
Sesungguhnya menajdi satu hikmah yang besar, Rasulullah s.a.w. diberikan pertolongan oleh Allah sehingga memerintah muka bumi yang besar dan luas di semenanjung Tanah Arab, menjadi pemimpin satu kerajaan yang besar itu, tidak meninggalkan kesan kebendaan kepada kita. Rasulullah tidak meninggalkan apa - apa pesaka yang berbentuk kebendaan kepada kita, tetapi apa yang ditinggalkan kepada kita telah dinyatakan dalam sabdanya yang bermaksud:
Saya tinggalkan untuk kalian dua perkara (pesaka), kalian tidak akan
sesat selama - lamanya selama kalian berpegang kepda keduanya,
iaitu kitab Allah (Quran) dan Sunnah Rasul - Nya.
Kalau kita menghitung atau menghisap keadaan umat Islam pada hari ini, maka kita dapati, kelemahan serta kemunjduran bahkan malapetaka yang mereka alami adalah berpunca (akibat?) daripada mereka tidak beramal dengan ajaran - ajaran dengan cara hidup yang lain dari Islam, yang tidsk ada kena mengena dengan Islam serta dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.sesat selama - lamanya selama kalian berpegang kepda keduanya,
iaitu kitab Allah (Quran) dan Sunnah Rasul - Nya.
Jika umat Islam menghisab diri mereka sebelum diri mereka dihisabkan di hadapan Allah, maka mereka akan memahami dan mengerti, bahawa betapa perlu dan wanjibnya mereka kembali kepada petunjuk Rasulullah s.a.w. bagi mengendalikan di dunia ini untuk menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.