Wednesday, May 27, 2009

NEGERI PERAK DALAM SEJARAH

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2009/05/picasioncom-bu-270509.gif

Ngamok weh!
Bior lebam dahi asalkan name ade.
Pohon duka kerana tumbang sebuah kerajaan,
Disebabkan kuasa sultan.


Mentimun dengan durian,
mentimun bergolek,
mentimun rosak,
durian mengolek,
mentimun rosak.

Nizar berjaya sebagai pembela,
Zambry berjaya sebagai pak sanggup kerja,
Kedua - duanya jadi habu,
Biarkan, biarkan, biarkan,
Si Luncai terjun derngan labu -labunye.

Bertepuklah Tok Merah Janin,
Dato Sagor ketawa berhujung,
Anak cucu koyak kain,
Sebiji padi berkongsi sembilan,
Yang menangis anak,
Yang menjerit cucu,
Yang derita cicit.

Kini, ada rakyat junjung Sultan,
Ada rakyat jauh dari Sultan,
Tidak sanggup mengadap Suktan,
Kerana baju carik di depan,
Celana usang koyak dipunggung,
Kaki telanjang - kaki ayam.

Lalu menyanyilah cucu Si Puntum,
"Dari mana hendak ke mana,
tinggi rumput dari padi,
sini Cina sana Cina,
Negeri kami jadi pajak juidi.'

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.