Thursday, May 28, 2009

QURAN

HAWA NAFSU

Tidakkah anda melihat orang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan dn Allah
membiarkannya sesat berdasarkan pengetahuannya dan Allah mempateri mati
pendengaran dan hatinya dn menyelubungkan tutupan atas penglihatannya.
Maka siapakah yang akan membri petunjuk setelah Allah membiarkan
sesast. Mengapa kalian tidak mengambil pengajaran. -Al Jaasyiah:23.


HADIS

PENYAKIT DAN UBAT

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya, Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia menurunkan ubatnya. Orang yang mengerti (tentu) mengetahuinya dan orang yang jahil (tentu) tidak mengetahuinya.
- Perawi: Ahmad





PETUA



CEKOR DAN UBI JAGA

Isi cekor direbus dengan isi ubi jaga, air rebusannya yang suam dibancuh dengan madu lebah, insya Allah baik bagi para lelaki yang lemah tenaga batin.
* Elak dari minum tea tarik.



*** ***



TAHUKAH?

Semua Raja dan Sultan Melayu adalah berasal dari orang Melayu di Nusantara (meliputi bumi Melayu dari Canpa dan Selatan Thailan, Semenanjung Tanah Melayu, pulau Sumatera, pulau Jawa dan sekitar Filipina. Hanya Sultan Pahang berasal dari orang Melayu asal Negeri Pahang.


ELAK SUSAH HATI
Jika anda beriman, surah 'Al Waqi'ah' elok di baca pada setiap malam, sebelum tidur, kerana ayat - ayat dalam surah ini, jika anda faham, akan meredaatau menghapuskan susah hati anda. Insya Allah akan menambah nikmat dalam kehidupan anda.


PERIUK TANAH

Air yang dimasak dalam periuk tanah (dibuat dari tanah), jika diminum, baik untuk menawar racun, sakit ketumbuh rahim dan getrik.


TIMBULKAN KEBURUKAN

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah orang yasng berlumuran darah manusia, jika dia dibenarkan pulang dan menetap di negara ini akan menumbulkan banyak keburukan.
Chin Peng telah menulis pada akhir bukunya My Side Of History, 'You can tell me I was wrong. You can tell me I failed. But I can also tell you how it was and how I tried.'


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.