Saturday, May 30, 2009

SAJAK


MIMPI ATUK

Usia muda padang menggigih usaha,

teroka bumi menimbunkan khazanah,

Ringgit dan dinar dikumpulkan,

demikian pemuda Melayu terbilang.


Jodoh bertemu ditasik cinta,

ijab kabul; isteri ayu,

kasih kukuh sukar dipunggah,

syangnya lelaki pada isteri.


Setianya; isteri satu, setia,

Anak jantan manja, seorang,

di menara gading dunia barat,

menimba ilmu melonjak maruah.


Mimpi ayah mimpi atuk,

anak cutu patuhkan Tuhan,

amal makruf amal selalu,

bukti maruah Melayu raya.


Malang atuk dengan mimpinya,

Lima cucu kosong iman,

Atuk dan nenek dibiarkan,

pengaruh barat mengubah watak.


Sang anak tinggalkan sembahyang

Otaknya sarang syaitan,

Jantung dibakar alkohol sebalang,

Badan tanpa iman berhijrah ke pusara.


Dua cucu atuk penagih dadah,

Dua perempuan jalang kehormat,

Cucu seorang bunuh insan,

Mimpi atuk mimpin Melayu!


Kampung Batu Ring …................Mokhtar Petah


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.