Sunday, May 31, 2009

QURAN


PEMULIHAN KERAJAAN

Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman (Nabi Sulaiman alaihis salam): Kami letakkan dia di atas singgahsananya satu tubuh (yang tiada bernyawa) – pada satu masa kerajaan Nabi Sulaiman menjadi lemah sebagai tubuh tidak bernyawa kerana kekecauan dan perpecahan antrara rakyat, tetapi kemudian Sulaiman dapat mempebaikinya sehingga kerajaannya dapat kuat kembali – kemudian itu dia (Sulaiman) kembali kepada (kepada Allah).

Dia berdoa: Hai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku Kerajaan yang tidak sesuai bagi sesiapa sesudah aku. Sesaungguhnya Engkau Maha Pemberi kurniaan.

Lalu Kami anugerahkan kepadanya angin yang dapat bertiup dengan baik menurut perintahnya, ke mana (sahaja) dikehendakinya.

Dan (juga) Kami tundukkan kepadanya orang – orang jahat, masing – masing pembina bangunan – bangunan dan penyelam.

Dan yang lain diikat bersama – sama belenggu (rantai). Shad:34 – 38.


HADIS

SUMPAH

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Takutlah kalian pada banyak mengucapkan sumpah (bersumpah kerana untuk melakukan barangan yang dijual), sebab, sesungguhnya sumpah itu dapat melakukan – menyebabkan dagangan laku dengan keuntungan yang banyak, tetapi kemudian menyebabkan lenyapnya – keberkatan dari usaha.

- Perawi:Imam Muslim.


PETUA

PEMIMPIN

Jika berhajat menjadi pemimpin sesuatu masyarakat atau rakyat, sebagai orang Islam, hendaklah menilaikan diri dengan 5 perkara berikut: (1) Kenal diri dan yakin diri, ( 2 ) Iman kepada Allah, (3) ihsan dengan Allah dan ihsan kepada manusia, (4) Amanah (tidak ada nafsu untu menipu, belaku curang dan rasuah), dan (5) Akhlak atau budipekerti yang mulia.


*** ***


TAHUKAH


TUNKU DAN RAZAK

Pada masa Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman Putra dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato Hussein, sebilangan orang keturunan pendatang (Cina dan India) sangat menyanjung Tunku kerana Tunku lembut telinga dengan mereka, tetapi mereka tidak menyukai Tun Abdul Razak, kerana beliau membelia Bumiputera dan berhati - hati terhadap mereka orang – orang keturunan pendatang.

ALONG

Asal usul along (pemimjam wang) yang bertindak tidak belas kasihan kepda mereka yang tidak upaya membayar hutang berasal dari gerakan perdagangan kewangan orang - orang Cina dari negara mereka. Pada peringkat awal dan pertengahan penghijrahan orang - orang Cina ke Tanah Melayu, golongan pedagang wang telah menubuhkan institusi kewangan di Tanah Melayu. Mereka telah memberi pinjaman wang kepada pendatang - pendatang Cina untuk berniaga, termasuak menjalankan perusahaan melombong bijih. Orang – orang yang tidak dapat melangsaikan hutang mereka, pihak along akan menangkap dan mengurung mereka serta memakukan papan kecil pada tulang kering mereka.

CANDU

Padazaman Tanah Melayu belum merdeka, terdapat kebanyakan orang - orang Cina yang berniaga kedai minuman - kedai kopi – menggunakan campa kecil yang dipotong bahagian sudunya untuk mengacau air kopi dan tea dalam cawan. Meteka tidak menggunakan camca lain untuk mengacau minuman tersebut.

Pada waktu malam, iaitu setelah kedaikopi ditutup, camca kecil itu direndamkan dalam air candu hingga pada waktu pagi. Apabila kedia kopi dibuka semula, camca itu digunakan. Tujuannya, agar pelanggan - pelanggan mereka ketagih kopi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.