Negeri Kedah terkenal sebuah negeri yang rakyatnya terdiri dari orang Melayu kuat berpegang kepada agama Islam. Sebilangan besar orang Melayu yang berpendidikan Islam di negeri itu tidak menerima dengan sepenuh hati akan kejayaan Tunku Abdul Rahman dan UMNO - Perikatan berjaya menuntut kemerdekaan.
Kebanyakan orang Melayu menyertai PAS dan menyokong parti tersebut.
Beberapa orang ulama di negeri itu menganggap kemerdekaan yang diterima dari Inggeris akan tidak menguntungkan orang Melayu, sebaliknya kaum datang akan merasai nikmat yang lebih dari orang Melayu.
Dua orang ulama Haji Hussein Che Dol dan Haji ahmad Tuan Husin, pada ketika bercakap dengan saya pada tahun 1957, mereka percaya, dengan kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO - Perikatan, pada satu masa nanti kaum mendapat akan menuntut berbagai-bagai dari orang Melayu dan mereka tidak menghormati dan tidak ikhlas.
Sebelum saya melanjutkan catata sejarah Negeri Kedah, elok saya kemukakan catatan dalam sejarah - cerita lisan dan tidak dikekalkan dalam mana - mana buku sejarah, iaitu mengenai seorang mualim Negeri Kedah yang berdakwah ke Negeri Johor dan sampai ke Singapura. Namatnya Mat2 Siraj dan orang memanggilnya Sheikh Mat Sirat. Cerita tentang mualim ini dan ekoiran dari cerita itu, mungkin ada orang menganggapnya sebagzi ceritga dongeng.
Munkin kerana alimnya atau krana pegangan politik Islamnya, mualim ini tidak disukai oleh kalangan orang Johor dan Singapura (pada zaman itu Singapura di bawah Johor). Pada ketikia mualim itu sedang sembahyang sunat dalam sebauh masjid di Singapura, dia telah ditikam oleh seorang lelaki dengan sebilah keris di bahagian belakangnya. Dia telah jatuh tersungkur dalam masjid itu.
Setelah mualim itu tersungkur dan dipercayai telah mati, maka pembunuhnya bersama beberapa orang telah meninggalkan masjid itu dengan berkeyakinan yang mualim itu telah mati.
Merfeka telah memaklumkan kepada golongan orang Johor yang memusuhi mnualim itu.
Merfeka telah memaklumkan kepada golongan orang Johor yang memusuhi mnualim itu.
Para musuh mualim itu telah datang ke masjid itu dan mereka mendapat ada titik - titik darah dalam masjid itu.Tetapi tubuh mualim itu tidak adala dalam masjid tersebut.
Besoknya paginya beberapa orang nelayan di Pulau Langkawi telah terjumpa tubuh mualim itu mati terdampar di atas akawasan tidak jauh dari pantai tidak jauh dari Padang Mat Sirat.
Dari peritiwa berdarah itu, maka dinyanyikan pantun oleh orang - orang bijak di negeri Kedah dan Pulau Langkawi, iaitu:
telur itik dari Sanggora,
Sayang pandan dilangkahi,
Darah titik di Singapura,
Badan terdampar di Langkawi.
Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman Johor.
* Tun Hussein Onn (Johor) bergisir dalam diam dengan
Dr.Mahathir Mohamad (Kedah).
* Dr.Mahahtir Mohamad (Kedah) bergisir dengan Dato Musa Hitam - Tan Sri (Johor)
Cerita Haji Abdul Rahman Merbuk dan Haji ahmad Tuan Hussein,semenjak kejadian itu orang Melayu Negeri Kedah tidak mesraa dengan orang Melayu Negeri Johor. Mereka menjangkakak pada masa akan datang orang Kedah dengan Johor tidak boleh bekerjasama memerinta Tanah Melayu. Mereka akan tidak bersefahaman dan akan berlaku perselisihan yang serius.
Kuasa Allah mengatasai segala - galamnya, tetapi manusia yang lemah dapat melihat, iaitu sejak merdeka pemimpin dari Kedah dengan pemimpinh dari Johor tidak berjalan seiring.Perahatikan lakonan atas pentas negara kita:
* Tungku Abdul Rahman (Kedah) tidak serasi denganTun Dr. Ismail bin Abdul Rahman Johor.
* Tun Hussein Onn (Johor) bergisir dalam diam dengan
Dr.Mahathir Mohamad (Kedah).
* Dr.Mahahtir Mohamad (Kedah) bergisir dengan Dato Musa Hitam - Tan Sri (Johor)
Pada nasa menghadapi kemerdekaan Negeri Kedan mengalami peristiwa perundingan antara wakil Parti Komunius Malaya - Cin Peng dan Rashid Maidin (Rejimen 10 Pahang)dengan Tunku Abdul Rahman dan tokoh Yahudi Singapura, David marshall, Singapura.
(brsambung esok)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.