Tuesday, April 28, 2009

QURAN

JANGAN TERPENGARUH


Jangan anda terpengaruh oleh kerana melihat orang - orang kafir (yang tidak beriman) - hilir mudih di negeri.
Kesenangan yang sebentar - sementara -, yang mereka rasakan , kemudian itu, disediakan tempat tinggal mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat tinggal yang amat buruk.
Tetapi mereka yang takwa kepada Tuhan mereka, akan mendapat shyurga yang mengalir sungai - sungai di dalamnya; mereka tinggal kekal di situ, mendapat sambutan yang baik di sisi Allah. Sesuatu yang di sisi Allah itu paling baik untuk mereka yang abrar (baik). - Ali Imran: 196 - 198


HADIS


WANITA


Nabi Muhammad telah bersabda: Sesungguhnya dunia ini sangat mansi dan indah (menarik perhatian) dan Allah menyerahkannya kepada kalian untuk dilihat bagaimana kalian mempergunakannya. Oleh itgu berhati - hati dalam dunia ini dan berhati - hati dari wanita. Sesungguhnya fitnah (ujian) utama Bani Israel terjadi dari wanita.
- Perawi: Imam Muslim.


PETUA


LEMBUTKAN HATI ISTERI


Setiap lelaki yang ingin menambahkan isteri atau hendak memadukan isterinya, boleh mencoba dengan amalan menggunakan ayat Quran. Insya Allah hatgi isteri menjadi kembut dan dia rela anda memadukannya.

Cara - caranya:

1 - Pada ketika .isteri tidur malam dan isteri dalam keadaan tidak haid.
2 - Baca istighfar tiga kali.
3 - Pohon kepada Allah agar hati isteri anda lembut - sabar - kerana Allah dan
merelakan anda memadukannya.
4 - Baca ayat Quran berikut ini dan hembuskan kepada isteri anda dari kepala
hingga ke kakinya sebanyak tujuh kali. Lakukan tujuh malam.
Ayat Quran itu pada akhir surah Ali Imran - 200.

Ya ayyuuhal lazina aamanuu issbiru wa ssobiruu rabittu wat taqullaha
la'allakum tuflihhun.

Maksudnya: Hai orang - orang yang beriman, sabarlah dan cukuplah
kesabaran, dan perteguhkan kekuatan kalian dan taqwa kepada
Allah, agar kalian beruntung.

Kila beluam berjaya, amalkan selalu dan jangan jemu dan putus asa!

1 comment:

  1. Salam Tuan,
    Saya amalkan ayat tu untuk lembutkan hati anak-anak saya. Tak pernah cuba pada isteri lagi ...hehe, tapi InsyaAllah jika niat kita baik selalunya diterima.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.