7 April 2009
KERAGUAN
Apakah lain dari Allah hendak aku cari untuk menjadi hakim, sedangkan Dia menurukan Kitab (Quran) kepada kamu dengan jelasnya. Dan orang – orang yang Kami telah berikan Kitab mengeentahu,bahawa Kitab itu sebenarnya diwujudkan Tuhan kamu, oleh itu kamu janganlah teermasuk orang -orang yang ragu.
Al An'aam: 114.
HADIS
MEROSAKAN AKIDAH
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah Muhammad s.a.w., ulang alik di jalan Allah lebih baik dari dunia ini dan seluruh isinya.
Jauhi beberapa perkara yang merosakkan (iman dan akidah), iaitu Sihir (melakukan, meminta disihirkan dan menggunakan sihir), membunuh manusia yang tidak halal di bunuh (mengikut undang – undang Islam), makan riba,makan dan menggunakan harta anak yatim dan lari dari perjuangan pada jalan Allah (perang pada jalan Allah, seperti yang diperjuangkan oleh parti Allah (Islam) untuk menegakkan Negara Islam.
- Perawi: Imam Bukhari dan Muslim
PETUA
PENASIHAT
Sejak manusia diciptakan Allah, Nabi Adam dan Hawa di syurga hingga pada masa ini, banyak syaitan atau Ibalis dan ramai manusia sedia atau sanggup menjadi penasihat manusia (pemimpin, orang tertentu dan mereka yang lemah). Tetapi sekit sangat yang menasihat dengan jujur. Ramai yang menasihat kerana ada beberapa tujuan;kerana faedah diri dan
kaum kerabat, untuk tujuan merosak atau menimbulkan kepincangan pihak yang memimpin. Sebaik – baik pimpinan, ialah Quran, Sunnah (amalan dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. Dan ulama yang mursyid.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.