10 TAHUN LAGI MELAYU HILANG KUASA
HASRAT KOMUNIS CINA KUASAI BUMI MELAYU
Oleh: Mokhtar Petah
Jika UMNO dan PAS tidak bekerjasama serta orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak brsatu padu seperti yang diperintahkan oleh Allah, maka, dalam tepoh 10 tahun lagi kuasa Melayu dan umat Islam akan musnah dan hilang dari muka bumi pusaka Melayu ini.
Dan perpewgang eratlah dengan tali Allah dan jangan kalian perpecah
belah.'( Aki Imnran:103
Mungking para bijak politik atau ahli sain politik menolak teori saya ini, tetapi saya tetap berpendapat demikian dengan alasan – alan yang saya kira baik dan menesabah.
Walaupun bermula dari 31 Ogos 1957 orang Melayu dan rakyat negara ini telah mencapai kemerdekaan, tetapi kejayaan mencapai kemerdekaan oleh orang Melayu itu, samadengan mnaksus falsafah orang Melayu menang sorak atau menang sabung (ayam) kampung tergadai.
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Orang Melayu telah menerima akibat demikian disebabkan, pada masa orang Melayu dan umat Islam berjuang menuntut kemerdekaan (sejak tahung 1930 – an hingga di ambang kemerdekaan 1957) orang Melayu tidak bersatu padu.Segolongan memihak kepada perjuangan tulin orang Melayu dan satu golongan berpihak kepada perjuangan Melayu dan mengikut acuan penjajah Inggeris.
Golongan yang memihak kepada perjuangan tulin orang Melayu,ialah mereka yang dianggap golongan kiri yang berjuang dalam Kesatuan Melayu Muda - KMM, Parti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM dan dua sayapnya, AWAS dan API dan kemudian Parti Islam Se Malaya – PAS.
Manakala golongan Melayu yang memihak kepada perjuangan Melayu – kebangsaan Melayu dan mengikut kehendak penjajah Inggeris serta dianggap golongan kanan, ialah UMNO, Persatuan Melayu Semenanjung – PEMAS) , Prikatan Melayu Perak an SEBERKAS Kedah.
TAHANAN POLITIK
Setelah orang - orang Melayu yang berjuang dipihak golongan kiri, di tangkap dan ditahan di kehemah – kehmah Tahan Politik di bawah kuat kuasa Internal Security Act - ISA, pada tahun 1948 dan 1951,maka perjuanga dan cita- cita mereka berkubur.
Kejayaan orang Melayu mencapai kemerdekaan adalah kajayaan orang Melayu golongan kanan dan kejayaan bagi penjajah Inggeris yang bertujuan menjadikan bumi Melayu dikongsi bersama antara orang Melayu dengan golongan keturunan pendatang, iaitu Cina dan India dalam kontraki sosial dan politik.
Saya menyingkap sejarah. Penjajah Inggeris tidak berhasrat melepaskan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura kepada golongan Melayu yang tidak sependapat dan sama tujuan dengannya.Tetapi penajajah Inggeris sedia memberi kemerdekaan kepada Melayu golongan kanan yang sama tujuan dengannya, iaitu Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka berkongsi bersama Melayu dan golongan kiturunan pendatang, Cina dan India.
NEGARA KOMUNIS
Pada masa orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan, iaitu sekitar di hujung tahun 1930 - an hingga 1946,orang – orang Cina, India (termasuk orang Sylon) telah menuntut kemerdekaan tanah Melayu bagi orang Melayu dan mengenepikan orang Melayu.
Orang – orang cina itu terdiri dari para pedagang dan harta (yang mereka sendiri menganggap diri mereka no. 1 dan orang Melayu golongan terakhir) terdiri antaranya, Tan Cheng Lock dan Lau Pak Kuwan dan orang – orang India terdiri dan orang India tulin, Sik dan Sulon.
Kakangan Parti Komunis Cina yang sejak tahun 1930 -an berhasrat menjaduikan Semenanjung Tanah Melayu hingga seluruh kepulauan Melayu (termasuk Indonesia) sebuah negara Cina baru – negara komunis Cina telah berjaya mengumpulan orang – orang cina dan menanam semangat tersebut kepada mereka serta menubuhkan Parti Komunis Malaya - PKM
PENGGANAS KOMUNIS
Pednjajah Inggeris yang melihat hasrat dan rancangan orang – orang cina komunis itu sesuai dengan hasrat mereka, maka mereka telahmembantu orang Cina di Tanah Melayu menubuhkan parti Komunis Melaya dan kemudian meberi batuan kewangan dan senjata (digururkan dalam rimba Pahang dan Hulu Perak) kepada gerila atau pengganas komunis.
Tetapi, setelah melihak Parti Komunis Malaya - PKM)di bawah Parti Komunis Cina – PKC dan setiauaha agungnya Cin Peng tidak mahu bekerjasama dengan mereka, maka mereka mengisatiharkan perang terhadap mereka dalam Parti Komunis Malaya – dengan mengistiharkan Undang – Undang Darrurat dan kuasa kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri – Internal Surity Act – ISA pada tahun 1948, di bawah tiga Pesuruhjaya Tinggi Brritish, Sir Edwar Gent, Sir Henry Gurney dan Sir Gerald Templer.
Orang – orang Cina dan India yang bercita-cita besar untuk menguasai Tanah Melayu dan Singapura, di antaranya Lee Kwan Yew telah menyertai parti politik yangb berkonsip sosio – nasionalis (bukan Melayu) yang ditubukan oleh Wartawan Abdul Samad Ismail, Jamik Singh (asal Padang Rengas) dan beberapa orang lagi
AGAMA RASMI
Masyarakat dunia yang menjunjung dan memihat kepada dasar kapitalisme menentang komunisme, maka Parti Komunis Cina – PKC dan Parti Komunis Malaya – PKM telah gagal menguasai Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.
Lee Kwan Yew dan sebilang orang Cina dan India di Singapura dan Semenanjung yakin dengan Sosio – demokrasi mereka boleh memerintah Tanah Melayu.
Saya didesak oleh keraguan, mengikut Perlembagaan Negara, bahawa negara kita ini mempunyai agama rasmainya, Islam , tetapi Pendaftar Petubuhan pada masih membenar dan melukuskan parti politikbekonsep sosilis.
MENAMPAKKAN KEJUJURAN
Apabila Inggeris dengan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mencapai kata sepakat menubuhkan Malaysia, maka Lee Kwan Yew dan orang – orangnya di Singapura dan Semgenanjung ini nampak, mereka mesti mnenyokongnya dengan menampakkan kejujuran.
Apabila Malaysia telah dibentuk, Singapura tidak 'susah – susah' menuntut kemerdekaan,kerana dengan cara melangkah meninggalan Malaysia, pulau itu bertaraf merdeka dan dikjuasai oleh oranbg – orang dari keturunan pendatang sepenuhnya.Tetapi sebilang besarorang Melayu, sama ada dalam UMNO mahupun di luar parti orang Melayu itu tidak nampak akan ragam 'Cina Kelentong' Lee Kwan Yew.
Apab Jika kita meneliti pendapat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman berbeza dengan fikiran ‘sosialis dimokratik’ Lee Kuan Yew mengenai kedudukan orang Melayu.
Dr. Ismail mail ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Pelajar-Pelajar Kebangsaan, di Kolej Pertanian Malaysia (kini Universiti Putara Malaysia-UPM), serdang pada 11 September 1972, berkata, bahawa Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum lain.
t ii Diantara kandungan ucapan Dr. Ismail tersebut:
Jika kita menilai atau mengkritik sesuatu yang timbul waktu itu, saudara patut juga menimbang- kan bagaimananya tokoh-tokoh politik generasi saya berjuang mencapai kemerdekaan negara serta kesulitan yang kami hadapi pada zaman penjajah.
Dalam Hubungan ini, saya ingin menggambarkan dan menjadi panduan kepada pelajar yang akan muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Kesulitan pejuang-pejuang kemerdekaan hendak mencapai kemerdekaan negara sangatlah besar terutama sekali mengingatkan bahawa ada golongan nasionalis (orang Cina Perak dan Selangor yang diketuai oleh Law Pak Kuan mendesak kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu-mp)di negeri ini yang bekerjasama dengan penjajah atau boleh mengkompromi prinsip perjuangan dengan kuasa penjajah pada masa itu. Oleh yang demikian, sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan dan demi mengadakan satu front bersatu dengan kaum-kaum lain sebagai memperkuatkan tenaga perjuangan telah diadakan beberapa persetujuan dengan kaum lain terutama sekali orang-orang Cina dan India.
Pa Pada hakikatnya kompromi yang telah dicapai itu berasaskan dua faktor. Pertama, Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum yang lain.Kedua, bagi orang bukan Melayu pula, mereka patutlah diberi kerakyatan oleh sebab ketika menghadapi satu realiti di mana ramai penduduk-penduduk Tanah Melayu pada waktu itu bukan rakyat. Soal kerakyatan tersebut telah dipersetujukan dengan harapan supaya mereka ini menumpukan taat-setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaya waktu itu.
Den Setelah tercapainya kemerdekaan, sungguhpun ‘kekuasaan politik’ berada di tangan pemimpin Melayu, pada hakikat yang sebenar Persekutuan Tanah Melayu ini adalah bercorak Malayan dan bukan hanya dipunyai oleh orang Melayu sahaja. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka merupakan hasil daripada perjuangan rakyat semua bangsa seluruhnya.
Satu perkara yang penting yang telah dapat diperjuangkan sebagai hasil kemerdekaan ialah soal bahasa. Pada satu ketika terdapat manifestasi di mana sebahagian besar rakyat negara ini meragu-ragukan kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ataupun keazaman pihak yang memerintah untuk mendaulatkan bahasa ini.
Sebagai pemimpin kerajaan kami tidak bercita-cita untuk menyerahkan sesuatu kepada bakal pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang kai anggap menuju kepada keruntuhan sahaja.
Gev Government Power atau kuasa kerajaan akan digunakan untuk melaksanakan, memelihara serta mencapai objektif ini. Kami akan gunakan kuasa terhadap apa yang boleh mengancam kestabilan negara dan keharmonian masyarakat dengan tegas, tetapi adil tanpa mengira apakah kami menghadapi satu golongan anak-anak pelajar atau kepada golongan yang anti nasional Melayu.
Lee Kwang Yew terus menyokong Malaysia. Beliau telah mennjelalaj ke Australian dan New Zealand dan di sana beliau telah berucap di stesyseRadio, televisyen dan dalam sindang wartawan dengan memuji Malaysia.Berikut ini saya paparkan salinan ucapan Lee Kwan Yew yang menyokong gagasan Malaysia:
‘Dari semasa ke semasa Soekarno1 menyebut empayar Majapahit dan Srivijaya. Secara samar-samar dua empayar itu meliputi seluruh Rantau Ini, termasuk Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Filipina. Dia tidak begitu tegas menerangkan di mana sempadan-sempadan empayar Majapahit dan Srivijaya itu berakhir. Tetapi, percubaannya dalam hal menerangkan ilmu alam dari segi politik mengikut aliran fikiran yang telah diasaskan oleh orang-orang Indonesia dengan teori bahawa telah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa gugusan pulau-pulau yang terletak di antara Lautan Hindi dengan Pasifik, di antara dunia bahagian Utara dengan Selatan, telah dimaksudkan untuk menjadi persimpangan jalan bagi dunia telah ditetapkan untuk dikuasai oleh satu pemerintah. Dan siapa saja yang memerintahnya dialah yang menguasai persimpangan jalan bagi dunia itu.
Malaysia mempunyai sejarah yang singkat sekali, keperibadian bangsa yang belum tentu dan perjalanan yang putus-putus. Yang demikian ini ialah akibat pemerintahan penjajah British selama lebih kurang 100 tahun. Penduduk-penduduk tempatan yang ada pada masa British tiba, tidak suka menjadi pekerja buruh yang mundur di ladang-ladang atau lombong-lombong. Jadi langkah membawa orang masuk ke dalam negeri dari China Selatan dan India Selatan digalakkan dengan giatnya.
Pekerja-pekerja buruh yang murah dan rajin ini, dalam proses yang demikian,telah membuka negeri, membina ekonomi berladang dan berombong yang menjadi asas kemakmuran Malaysia dan dalam pada itu juga sekarang sudah memainkan satu peranan penting dalam ekonomi pembahagian dagangan, urusan-urusan bank, insurans, pembinaan asas-asas yang menjadi sendi perniagaan dalam semua bandar.
Adalah penting bagi satu bangsa mempunyai azam hendak menyelamatkan dirinya. Kalau tidak begitu pertolongan dari luar tidak akan dapat menyelamatkan bangsa itu walaupun bagaimana besar sekali pun bantuan yang diberikan. Sama ada bantuan ketenteraan mahupun ekonomi. Tetapi kalau bangsa itu mempunyai azam demikian, maka bantuan yang diberikan tentu mendatangkan kejayaan. Dalam hal Malaysia, bantuan itu tentu dapat menentukan sama ada negara itu akan berjaya hidup sebagai satu bangsa yang mempunyai ekonomi yang tumbuh sendiri, kalau kami tidak diganggu dan dibiarkan hidup dengan aman, atau dicegah Indonesia mengharu kami, atau pun sebaliknya kami diheret masuk ke dalam lembah kegagalan seperti di Laos dan Vietnam Selatan.
Dalam hal Malaysia terdapat dua pembahagian. British berkewajipan mempertahan kan Malaysia. Australia dan New Zealand oleh yang demikian terlibat dengan hujah bahawa adalah bagi kepentingan mereka juga untuk mempertahankan Malaysia. Tetapi Amerika belum dapat dipengaruhi supaya keluar dari bersembunyi di sebalik telunjuk supaya menyokong Malaysia menentang Indonesia, kerana kepentingan-kepentingan kuasa Amerika dalam rantau ini dengan latar belakang tindak tanduk politik jangka panjang Amerika telah menolong mendorong ia kepada satu kedudukan yang menampakkan sikap bersembunyi di sebalik telunjuk sejauh yang mengenai perkara menyokong Malaysia menentang Indonesia, atau menyokong Indonesia menentang Malaysia.
Gambaran sebuah negara kecil, seperti Malaysia, yang sentiasa bergantung kepada bantuan dan jagaan tentera Barat bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati. Kalau Malaysia sentiasa bergantung pada bantuan Barat untuk keselamatannya; maka ia tidak patut diselamatkan.
Tetapi ada faktor-faktor khas yang menyokong Malaysia untuk mencapai kejayaan. Ia mempunyai satu masyarakat berbilang bangsa. Orang-orang Melayu dan anak Bumiputera kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina, India dan lain-lain yang berasal dari orang dagang, kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.’2(Ucapan Lee Kwan Yew, di New Zealand pada 1965 Malaysia Dalam Zaman Revolusi, Penerbitan Kementerian Kebudayaan Singapura, 1965)
Setelah melihat perkembang politik sosio – demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP dengan skongan PKR (PAS menjelah di tengah kedua parti politik itu), saya yakin UMNO tidak akan berhasil menghalang perkembangan tersebut pasa masa akan datang, kecuali parti Melayu itu bekerjasama dengan PAS dan orang Melayu dan umat Islam kebali bersatu.
Konsep kebangsaan Melayu yang di0erjuangkan oleh UMNO, kelihatan tidak lagi dismbut baik oleh para belia yang berpelajaran tinggi dan menengah. Mereka seperti yakin kepada pembanguran atau pemodenan dengan mengambil konsep sosio – demokrasi.
Walau bagaimnanapun sebilang besar belia Melayu yang berpelajaran tinggi dan menegah yang memiliki ilmu pengetahuan Islamn yakin; hanya dengan Islam dan Melayu yang boleh menjamin kekuasaan Melayu terus kekal. berpelajaran agama Islam
Mungkin, Perana Menter, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan golongan UMNO dapa tmemikil cara dan ikhtiar untuk berbaik senula dengan PAS dan meneruskan perjuangan Melayu dan Islam, iaitu ummah.
(Tamat)
1 Presiden Republik Indonesia.
2 Ucapan Lee Kwan Yew di New Zealand – Penerbitan Kementerian Kebudayaan Singapura 1065.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.