Sunday, April 12, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]


Nik Aziz

Kehidupan yang terdesak sebenarnya boleh belaku dalam semua lapisan hidup manusia, sama ada dia seorang Raja (Sultan) adakala dia terdesak dengan cara hidup seorang raja, rakyat terdesak dengan cara rakyat, orang kaya juga akan menghadapai keadaan terdesak pada satu ketika mengikut keadaan orang kaya.Apa tah lagi bagi si fakir yang hidupnya sentiasa susah dan kekurangan dalam serba serbi,kesempitan hidup adalah pakaian bagi mereka.

Dalam saat yang begitu genting dan amat mmerlukan,langkah pertama orng yang terdesak itu mengadu dan berdoa kepada Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar akan doa hamba-Nya. Jika Allah memperkenankan dia itu, adala kalanya Dia menggerakkan hati seseorang dan mempertemukannya dengan si fakir sehingga pertolongan dari mereka yang simpati segera diperolehi.

Bagaimanapun, ada kalanya mnjadi eorang yang benar – benar terdesak tidak pula mendapat simpati, apa tah lagi kepercayaan. Lantaran itu pada ketika dia meminta pertolongan dari rakan dan taulan terpaksa dia menyebut dengan nama Allah, umpamanya, “Demi Allah asaya amat kesempitan, tolonglah saya.” Dalam keadaan begitu pun orang yang ditemui tidak sudi membantunya, sedangkan orang itu mampu berbuat demikian.

Jika begiu terdesaknya orang itu sehingga bersumpah menyebut nama Allah, namun tidak seorang juga rasa simpati oleh mereka yang mempunyai keupayaan, Sesungguhnya itulah sejahat – jahat manusia.Menurut hadis Rasulullah (Mereka ialah seorang yang meminta dengana nama Allah tetapi tiada siapa yang memberinya, sedangkan mereka mampu berbuat demikian).Wajar dikatakan jahat kerana dia telah membiarkan saudaranya dalam kesempitan, sedang dia mampu untuk menolongnya.”

















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.