Thursday, March 19, 2009

WIRA MELAYU DARI PERAK

Kini, Negeri Perak telah ada dua wira Melayu;
seorang, Dato' Seri Nazri Aziz, dari daerah Tun
Saban Saban, di Merah Janin, Hulu Perak, salah
seorang dari beberap Orang Besar - Besar Melayu
yang mengambil putra Sultan Melaka, di Kampar,
Sumatera, Raja Muzaffar Shah untuk ditabalkan
sebagai Sulta Perak pertama.
Nazri keturunan Orang Pattani yang berpegang
kepada falsafah hidup, "Biar dengan mata gobek,
(besi peronjang buluh untuk menghancurkana sirih
pinang) musuh Siam hamba lawan juga ..."
Baru - baru ini Nazri terangkat sebagai wira Melayu
Negeri Perak, kerana berani mengusul dalam Dewan
Rakyat, agar putra kesayangan peguam yang kata
Pemuda UMNO 'Celaka', digantung dari menghadiri
sidang Dewan Rakayat.
Seorang lagi, Dato' Tajuddin Abdul Rahman, cicit atau
piut pahlawan Melayu yang tumpang sekaki membunuh
tokoh penjajah Inggeris, J.W.W. Birch dalam sungai Perak
di Pasir Salak, Negeri Perak, pada tahun 1875.
Tajuddin yang sering berpegang kepada falsafah orang
Melayu, 'Bior putih tulang dari putih mata',terangkat
namanya di langit zaman, sebagai wira Melayu

kerana berani 'bercakap benor' dan kadang-kadang
berkeras
lengang dan wajahnya garang macam wajah
Dato Sagor, dalam Dewan Rakyat.(Mokhtar Petah)
.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.