SYAITAN
Katakanlah kepAda hamba - hamba - Ku agar mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik, sesungguhnya syaitan itu menyebarkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang bagi umat manusia. - Al Isra:53
HADIS
WASPADA
Sabda Nabi Muhammad s . a . w .: Dunia itu manis dan hijau, Allah menjadikan kalian khalifah di sana. Dia hendak melihat bagaimana kalian beramal (berusaha dan beribadat kepada Allah). Maka waspadalah terhadap dunia dan waspadalah terhadap wanita.
- Perawi: Imam Muslim dan An Nasa’i
PETUA
MENDERITA
Orang yang menyalahkan diri dan hidupnya kerana sentiasa dibelit derita adalah orang yang lemah iman kepada Allah dan tidak percayakan dirinya sendiri, kerana susah dan senang dari Allah. Sebagai hamba, terimalah derita itu sambil berusaha dan bersyukur. Di dunia ini ramai manusia yang lebih menderita.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.