Barisan tampil tiga anak tempatan
Oleh Azmi Md Deros, Ridzuan Yop, Misiah Taib dan Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
DARI kiri; Ismail Saffian � Parlimen Bukit Gantang, S Ganesan � DUN Bukit Selambau dan Malcolm Mussen anak Lamoh � DUN Batang Air. |
Calon pilihan raya kecil ikut permintaan rakyat setempat: Najib
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) meletakkan tiga anak tempatan masing-masing berusia 49 tahun untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak; Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Air, Sarawak pada 7 April ini.
Di Parlimen Bukit Gantang, BN meletakkan Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara, Ismail Saffian, manakala di DUN Bukit Selambau, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S Ganesan.
Nama Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang dan Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada majlis berasingan di Taiping dan Sungai Petani, semalam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Ismail adalah calon anak tempatan dan diyakini mampu memberi kemenangan kepada BN.
Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata, pemilihan dibuat selepas perbincangan dengan kepemimpinan bahagian dan negeri serta Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selain pendapat pengundi.
"Atas hasrat saudara sekalian, bagi pihak Pengerusi BN, yang akan bertanding pada pilihan raya Bukit Gantang ialah Ismail Saffian," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini, semalam.
Pengumuman itu disahut teriakan 'Hidup BN' dan tepukan gemuruh di kalangan kira-kira 5,000 penyokong BN pada majlis itu.
Pemilihan Ismail, sekali gus mengembalikan semula calon anak tempatan bertanding di Parlimen Bukit Gantang selepas 23 tahun.
Di SUNGAI PETANI, Najib mengumumkan pemilihan Ganesan yang juga seorang peguam, berdasarkan keyakinan parti bahawa beliau mampu meraih semula sokongan pengundi Bukit Selambau, selain berkhidmat cemerlang kepada rakyat.
Katanya, beliau sudah mendapat persetujuan Pengerusi BN untuk memilih Ganesan selepas berbincang dengan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Ganesan bekas Adun Lunas dilahirkan di Ladang Sungai Division di Sungai Petani adalah graduan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.
Sementara itu, Mussen adalah anak tempatan dari Danau, Engkilili, dalam kawasan DUN Batang Air.
Beliau berkelulusan Sarjana Kejuruteraan dari Universiti of Warwick, England (1998) dan Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (1983), serta menguasai enam bahasa � Melayu, English, Iban, Sepanyol, Jepun dan Perancis.
Nama Mussen diumumkan Dr Masing selepas mesyuarat BN Sarawak yang dipengerusikan Taib di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Besatu (PBB) di Jalan Bako dekat Kuching.
((Berita ini diambil dari Berita Harian online, 15 Mac 2009.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.