LEBAI POLITIK
Oleh: Mokhtar Petah
“Lebai YB.”
“Lebai YB.”
“Lebai YB.”
Semua orang Melayu dalam parti politik itu memanggil nammanya begitu. Hanya seorang wakil rakyat dari Negeri Sembilan memanggilnya ‘Lobai’.
Beberapa orang luar yang datang ke wilayah itu menyangka dia wakil rakya, Yang Berhormat. Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negeri.
Semua warga dalam wilayah itu kenal Lebai YB.
“Lebai YB,” para lelaki memangilnya.
“Lebai YB,” semua perempuan memanggilnya begitu.
Lebai YB bangga. Bangga dipanggil begitu. Lebai YB pejuang sejati. Pencinta tanah air. Patriot bangsa.
MENGHAMPU
Terdapat seorang berdua pemuda yang tidak berkenan akan cara Lebai YB itu menghampu beberapa orang dalam parti politik tersebut, menggelarkannya ‘Lebai Yes Boss’.
“Lebai Yes Bos!”
“Lebai Yes Boss!!”
“Lebai Yes Boss!!!”
Tiada seorang pun dari sebilangan warga wilayah tersebut yang tahu nama sebenar Lebai YB itu. Mereka tidak mengetahui dari mana dia datang. Mereka sekadar mengetahui dia sering mengekor beberapa orng wakil rakya.menteri dan menteri besar.
Setiap kali jurugambar televisyen dan surat khabar menambil gambar menteri besar, menteri, senator, wakil rakyat, Lebai YB tumpang menempek bergambar di belakangnya. Dia sengheh. Senyum. Kesempatan itu memberi peluang kepadanya untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai
Sesungguhnya tiada siapa yang mengetahu akan nama sebenar Lebai YB. Mereka jahil aka biografi dirinya seperti kebanyakan pemuda dan pemudi Melaysia graduan universiti dalam dan luar negera jahil akan sejarah negerara mereka. Nama sebenarnya, Yeob Bodin. Dilahirkan di kampung Air Meleleh, dalam sebuah daerah, di Negeri Perak.
BERPENYAKIT ANGAU
Kira - sepuluh tahun yang lalu Yeop Bodin telah berhijrah ke Bandaraya
Yeop Bodin telah jatuh cinta kepada seorang penari dngdut, Milah. Penari itu bekrja dalam sebuah kelab hiburan untuk para lelaki yang lara; putus cinta, ada keinginan tetapi tidak bertenaga. Tempat hiburan itu bernama ‘Kelab Dandut Sayang’.
Kelab Dandut Sayang, milik seorang wakil rakyat bersama beberapa orang Cina ahli perniagaan. Kelab itu menjadi benteng keramat untuk melindungi amalan rasuah para politikus dan kaki tangan kereajaan. Di dalamnya ada kegiatan rasuah. Rundingan dalam irama muzik. Kontraktor berunding dengan pihak jabatan tertentu. Rundingan dalam irama musik menentukan projek kerajaan bernilai RM200 juta dinaikkan kepada RM250 juta atau lebih.
Dalam irama muzik dangdut yang kalut itu, perakam suara tidak terdayamrakamkan prcakapan mereka. Bahasa yang mereka gunakan;jika wang disebut, agong, barang atau kata-kata lain yang sukar difahami olenhorang lain.
Dalam perundingan irama muzik itu juga para kontrator merasuahkan para polikus dan kaki tangan kerajaan dengan minuman keras, menari, berhibur dan perempuan untuk memuaskan nafsu mereka.
KELAB DANGDUT
Pada satu malam, Yeop Bodin telah datang ke kelab Dangdut Sayang. Keyakinan amat besar; penari yang bertakhta dalam hatinya itu akan menerimanya dengan mesra, sebagai mana perempuan itu mesri dengannya pada ketika mereka bertemu di kampungnya dulu.
Pada dua bulaan yang lalu, Milah telah menyertai satu ‘kumpulan amanah dan kebajikan’ mengadakan perembahangan hiburan di tempat Yep Bodin.
Pada malam terakhir di kelab Dangdut Sayang itu,Yeop Bodin disambar oleh persaan insaf, “ … siapale teman ni, teman jadi jaga tempat letak motokar aje ….” Suara hati Yeop Bodin menyedarkan hatinya.
Pada satu malam, Yeop Bodin menjenguk ke warong Alang Dengdalu, di Kampung Berembang, dekat Jalan Ampang. Di warong itu dia tela menghirup secawan air kopi O panas cuma. Sebagai orang kampung yang tahu sedikit sebanyak petua dan petui, Yeop Bodin tidak minum tea tarik. Lelaki yang selalu meminum tea tarik akan mengakibatkan lemah senjata antarabangsanya.
PERDANA MENTERI
Pada saat - saat Yeop Bodin sedang minum kopi o dalam warong itu, tiba-tiba datang rakan barunya, Mat Talapia (gelaran itu kerana dia pernah menternak ikan talapia dalam kolam, di kampungnya, di Kedah). Mat Talapia bekerja pemandu kereta sewa tanpa lesen. Dia menggunakan sekeping kad bertulisan ‘ Perdana Menteri Texi’. Angota - angga berwajib melihat kad yang lengkap dengan gambarnya, mereka tidak berani berbuat apa - apa. Mereka takut kepada Perdana Menteri.
“Jangan, jangan buat …, dulu dia suntik oghang sakit …, la ni dah jadi pm dia suntik oghang tak sakit …, di hantar ke Kemunting non …,” kata para anggota berwajib itu.
“ …kalau hang nak senang, nak oghang puji …, nak oghang sayang …, nak mudah caghi makan …, hang pakai kupiah ketayap putih, serban putih .. , macam lebai … , oghang hoghmat kat lebai lebih daghi jaga macam hang …, deghebar macam saya …,” nasihat Mat Talapia.
“Ia, sungguh …, saya tengok di mana - mana lebai ada …,”sambut Yeop Bodin.
“…dah hang jadi lebai…, hang ghapat dengan depa …,oghang politikke …, wakil ghakyatke …, hang tu senang …, oghang hoghmat …,” nasihat Mat Talapia lagi.
“Ia, ia …, sungguh, sungguh …,” sambut Yeop Bodin sambil men mengangguk- angguk bagaikan belatuk utusan Nabi Sulaiman.
KETAYAP PUTIH
Pada esoknya, Yeop Bodin telah Pergi ke Pasar Keramat. Dia telah membeli dua buah kupiah ketayap putih nersama dua helai seban putih juga.
Yeop Bodin telah memakai serban dan kupiah ketayap putih. Dalam saku baju Melayunya terlengkar sekarangan biji tasbih buatan orang Cina Islam. Namanya digelarkan dengan Lebai YB. Nama gelemor. Terrtulis di atas kad namanya, Lebai YB. Nama itu macam gelaran keramat pada politikus yang jadi wakil rakyat.
Lebai YB memperhambakan dirinya kepada beberapa politikus. Dia bermati - matian bekerja dan berkejar ke hulu dan ke hilir bersama mereka. Dalam parti politiknya, dia terkenal seorang lebai yang setia kepada parti dan semua parti tersebut dari bawah hingga ke atas.
ANAK MERBUK
Seorang bomoh Melayu yang telah tua dari Rembau, Jamalal, namanya, telah berkata kepada Yeop Bodin, “ … hidup dalam bandar besar kena kenal baik dengan buruk …, asli dengan palsu …, jujur dengan curang …, benar dengan bohong …, kalau awak pilih baik …; sedikit kawan, pilih asli …; awak jadi orang Sakai, pilih jujur …; dibenci orang, pilih benar …; tak dapat cari makan,”
“ … saya ni jadi bomoh, bukan tau sangat …, bohong yang banyak, saya jampi apa …, macam : anak merbuk di pokok lalang, nak buruk smapai ke tulang …, terentak terenting atas batu, berak terkencing ingatkan aku …, nak sakit, sakitlah …, nak sembuh, sembuhlah … , aku peduli apa …, bukan kerja aku …, itu kuasa Tuhan …, tapi orang sakit, orang berhajat tu percayo …, saya dapat duit …,”jelas bomoh Jamal.
Mereka ketawa.
Yeop Bodin tidak ada pelajaran agama Islam. Halal atau haram sama sahaja. Yang haram baginya, hanya yang empat kaki; meja dan kerusi, yang dua kaki; kukuran di dapur. Dia amalkan: Buruk, palsu, curang dan bohong untuk meneruskan hidupnya dengan nama gelemor, Lebai YB.
Benar, seperti Lebai YB telah mendengar guru agama di kampungnya berkata: Allah perkenan doa dari semua hamba- Nya.” Dia sering berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki kepadanya, sama ada rezeki halal mahupun rezeki haram.
KERANA CINTA
Lebai YB telah lupa kepada isterinya yang mandul di kampungnya. Isterinya tidak diceraikan. Perempuan itu membiarkan dirinya didera derita kehausan siang dan malam kerana cinta kepada suaminya, Yeop Bodin. Menuntut cerai tidak dilakukannya. Kerana cintanya lebih kukuh dari perasaan bencinya kepada suaminya. Biarlah suaminya berada di hujung dunia mana, namun cintanya kepada kekasiah dan suaminya tetap kukuh, sekukuh Gua Tempurung, di negerinya.
Rezeki dan jodoh ada di mana - mana. Allah telah menjodohkan Yeop Bodin dengan perempuan berusia 35, Noni. Perempuan itu tinggal dalam kawasan setinggan di Tasik Selatan. Tidak siapa yang mengetahui rahsia diri Noni . Langkah berlenggangnya di atas lebuh raya kehidupannya kelihatan ria. Bahagian. Namun dalam tubuhnya yang bersarang vius bahaya. Setahun yang lalu Noni dirogol beberapa lelaki rakyat asing dalam rumahnya. Mereka itu menjadi sarang virus HIV.
Noni ahli parti politik. Jawatannya dalam cawangan parti politiknya, sabagai ahli jawatankusa cuma. Kerana prjuangan, sayangkan parti politiknya, Noni telah membawa suaminya yang lebai itu menyertai parti nasionalis tersebut.
“Kita sama-sama berjuang, abang…, parti Melayu …, ketuanan Melayu …, parti orang Islam …, kalau abang jadi ahli parti, abang akan senang …, kita senang …, menteri besar …,menteri …, wakil rakyat akan tolong abang …,” Noni menasihati suaminya.
JAHIL POLITIK
Lebai YB jahil politik. Isterinya juga jahil politik. Tidak ada sains politik dalam dada mereka. Dada masing - masing kosong dari pengetahuan penting itu. Mereka hanya seperti dua ekor keledai yang membawa bebanan buku – buku ilmu pengetahuan yang penting atas belakangnya.
Semenjak Lebai YB mendaftarkan dirinya sebagai ahli parti politik isterinya dan berdampingan dengan beberapa politikus dan wakil rakyat, dia amat arif; dari mana mereka mendapat wang yang banyak. Mereka ada beberapa buah banglo. Berkereta mewah lebih sepuluh buah. Makan minum di rstoran eksekutif.
“YB Naim, dulu guru sekolah rendah aje …, dah jadi wakil rakyat satu penggal, alaun dia tak banyhak …, tapi dia hidup mewah …, mana dia dapat duit …? YB Norji ada dua tiga juta ghinggit …, ada banglo, lima enam buah motokar mewah …, baru dua tahu jadi wakil rakyat …, YB Basir ada bini empat orang …, dua banglo, satu rumah teres, satu apartmen …, semua bini dia pakai kereta mewah…, daghi mana dia dapat duit…?”
“Dari mana lagi, rasuahlah …, pasir sungai, pasir lombong dikorek cara haram oleh taukeh - taukeh pasir …, sapat rasuah …, dari kapitan - kapitan Cina …, dapat duit rasuah …,” suara broker Mat Juta menyedarkan Lebai YB.
Dia senyum lebar.
“Aku jadi balaci deme …, kutip duit rasuah …, duit politiki wang deme …,” kata bernekad Lebai YB.
GEDUNG BPR
Semenjak Lebai YB menjadi rakan akrab para politikus dan wakil rakyat, dia telah memiliki berpuluh helai serban dan berpuluh buah kupiah putih. Dibeli dengan wang hasil rasuh. Wangnya banyak. Kehidupannya bersama isterinya dalam kedaan senang lenang.
Lbai YB yang tidak pernah menejejakkan kakinya ke mana – mana kolej dan universiti. Tetapi dia lebih pandai dan bijak dari para pegawai di gedung BPR. Pengetahuannya mengenai rasuah dan politik wang lebih dari para pegawai yang kanan dalam gedung tersebut.
“Aku tak ade suaghe nage …, tapi aku jadi macam nage …, tapi deme tu berja macam semut, tapi sughe nage …,” sungutan Lebai YB ditujukan kepada para pegawai BPR yang sering mengangakan muluat masing - masing kepada media kerana ketafih publisiti.
“ …anak seluang di Kampun Gajak …, ikan bilis di Pantai Ghemis, di Pulau Pangkor, bolehle …, tapi ikan belida di sungai Peghak, ikan tenggighii, jerung di laut, deme tak sanggup …,” sungutnya lagi.
“yang teman ghisau ni, kut, kut ada oghan deme pun campak batu sembunyi tangan …, beghak tengah jalan juga …,” Lebai YB mengakhiri sungutannya.
HOSPITAL MEWAH
Pada malam menyambut kemerdekaan, Lebai YB dan isterinya diserang demam. Demam panas atau entah demam apa. Dua tiga orang wakil rakyat membawa mereka ke hospital mewah dalam Bandaraya Kuala Lumpur.
“Kalau dia …, bininya mati …, susah kita …, ”kata YB Naim pada ketika dia dan rakan - rakannya meninggalkan hospital itu.
“Ia, duit I dalam akaun dia …,”kata kawannya.
“I pun …, ada RM2 juta …,” kata YB Naim.
“ …duit kita tu, BPR tak tau …,” kata rakannya.
Pada malam esoknya, sebuah bilik dalam bangunan hospital itu diterangi cahaya lampu. Dua buah fail terletak di atas meja di hadapan Dr. Majid. Di seberang meja itu duduk jururawat manis, Nona Hanim. Mereka baru sahaja membaca akan catatan dalam dua buah fail tersebut.
“Macam mana dua orang politik ni boleh kena HIV …?” Dr. Majib bertanya sambil lewa kepada jururawa yang menjadi kekasihnya itu.
“ …kalau tak kerana jahat, tengtu ada sebab - sebab lain,” sahut jururawat itu.
“Ia, ia, mungkin …,” sahut Dr. Majid.
“I ada dengar tok guru dari Kelantan tazkairah dalam masjid, … ia kata orang amal rasuah dilaknat Allah …,”kata jururawat itu.
“Ia, I pernah dengar juga …, tapi takkan dua orang ni …,” sambur Dr. Maid.
Mayat Lebai YB dan isterinya, Mona, dibawa pulang ke banglo mereka di atas Bukit Ceras. Mereka meninggal dunia akibat HIV.
Pada ketika imam masjid, Haji Makmur yang berasal dari Batang Padang yang amat mengetahui rahsia Lebai YB itu, pada waktu dia membaca talqin atas puara sepasang suami isteri tersebut - Lebai YB dan Noni, hatinya bersuara, “ …aku minta Kauampunkan dosa dia dan isterinya …, tapi laknat kau atas mereka, aku tak minta kauhapuskan …, aku serahkan Kepadamu, ya Allah … Kau Maha pengampun dan memiliki penyiksaan yang dahsyat.”
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.