NEGARA ISLAM
TANGGUNG JAWAB JAKIM
WARISI TUGAS RASUL ALLAH
Oleh:Mokhtar Petah
Setiap individu Muslim yang telah sembahyang Jumaat di mana–mana masjid dalam Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (kalau tidak tidur) tentu telah mendengar dan menghayati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh para khatib atau imam pada hari ini.
Saya tertarik dengan khutbah yang ditulis oleh pihak Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM), kerana khutbah itu memanggil setiap imdividu Muslim mewarisi tugas Rasul Allah, Muhammad salllahu alaihi wasallam.
Khutbat menggunakan tulisan Jawi (menunjukkan JAKIM tidak lengkap dan mengadakan alat komunikasi, iaitu huruf Arab digunakan huruf Jawi (Jawa Islam) Melayu, seperti ‘kha’, Dhat’ dan lain) melihatkan JAKIM memanggil umat Islam di negara ini bekerjasama dengannya untuk mewarisi tugas Rasul Allah yang terakhir itu.
Saya telah menyiarkan khutbah tersebut dalam blogs ini dan untuk memudahkan pembaca yang tidak berkebolehan membaca tulisan Jawi, maka saya sisipkan di bawahnya dengan tulisan rumi.
Sebahagian dari teks khutbah tersebut seperti berikut ini:
‘Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk ‘Mewarisi Tugas Rasul Allah’.
Semua nabi dan rasul sama ada yang disebut dalam Al Quran atau tidak adalah mengajar kepercayaan agama yang sama, iaitu agama yang Allah namai dengan Islam. Justru itu, semua nabi Subhanahu wa Taala dan rasul itu beragama Islam. Begitu juga dengan pengikut-pengikut mereka.
Bagaimanapun Nabi Muhammad adalah satu-satunya rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di muka bumi ini untuk seluruh umat manusia dan untuk digunakan dalam semua zaman. Sedangkan rasul-rasul sebelumnya hanya diberi tugas untuk membimbing kaum–kaum tertentu dan pada masa-masa tertentu sahaja.
Ini dapat kita fahami pada zaman sebelum Rasulullah wafat, Al Quran ada menyatakan, bahawa agama Allah telah disempurnakan, kecintaan Allah kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah akan terus dijaga.
Firman Allah dalam surah Al Maidah, ayat 3, maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agamamu.
Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama, iaitu Al Quran dan As sunnah. Hal ini diberitahu oleh Rasulullah sewaktu baginda sedang gering (demam panas) dengan pesanan kepada umat Islam, bahawa mereka tidak akan sesat jika berpegang teguh kepada kandungan Al Quran dan As Sunnah serta memperoleh keselamatan di dunia dan di akhirat.
Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda. Marhumnya: “Saya tinggalkan untuk kalian dua perkara, kalian tidak akan tersesat selama–lamanya, selama kalian berpegang kepada kedua–duanya, iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah rasul-Nya.”
Dalam Al Quran telah disebutkan, bahawa Nabi Muhammad adalah rasul terakhir dan nabi sendiri mengakui, bahawa baginda adalah rasul terakhir. Dan pengakuan Nabi Muhammad itu dan penjelsan Al Quran, bahawa manusia tidak memerlukan lagi wahyu dan rasul–rasul yang baru kerana agama Allah telah cukup sempurna dan lengkap.
Persoalan besar timbul ialah apakah peranan tuan–tuan dan umat Islam sekalain dalam usaha membuktikan kasih sayang dan kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah sejauh manakah diri kita, keluarga kira, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah subhanhu wa Taala dan nasihat Rasulullah
Mimbar ingin mengingatkaan para jemaah dan umat Islam supaya berwaspada tentang kemunculan rasul–rasul palsu, rasul Melayu palsu, dan guru-guru ajaran sesat yang mengaku sebagai Tuhan.
Ajaran seperti Qadyani atau Jemaah Ahmadiah serta rasul Melayu, adalah antara ajaran yang berasaskan rasul atau nabi palsu. Apabila pihak-pihak tertentu di Barat secara meluas menghina Rasulullah, maka telah timbul kemarahan umat Islam di negara ini. Bagaimana pun kita perlu sedar, bahawa mereka yang menolak al Quran dan menentang Sunnah Rasulullan di negara ini juga adalah dikatogarikan sebagai perbuatan menderhaka kepada Allah Subhanhu wa Taala dan menghina Rasulullah.
Sementara kita masih ada sisa–sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga; apakah tugas yang kita boleh bantu untuk meneruskan kesinambungan tugas–tugas Rasulullah oleh kita, sempena dengan semangat sambutan maulidur rasul ini. Mimbar ingin menasihatkan, bahawa kita boleh membantu menyambung amanah Allah dan Rasul Allah ini dengan dua cara berikut:
Pertama: Menjalankan tugas–tugas dakwah lebih proaktif kerana kerja dakwah itu adalah tugas utama Rasul Allah.
Kedua: mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhi ajaran Al Quran dan As Sunnah dan bersama-sama kita menghapuskan ajaran sesat yang menyeleweng akidah umat (Islam).
Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah Al Ahzab, ayat 21, maksudnya: Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasul Allah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan banyak mengingati Allah (berzikir).
Saya yang mengikuti dan menghayati khutbah ini terasa masih jahil – mencari maksud tersirat; sejauh maha JAKIM mengajak umat Islam mengikutinya mewarisi tugas atau tanggungjawab Nabi Allah yang agung itu. Adakah setakat beribadat semata- mata atau lebih dari itu, iaitu ke arah mengikut jejak Junjungan menubuh dan memerintah Negara Islam, Negara keredaan Allah.
Kalau setakat mengajak beribadat sahaja, siapa pun tahu. Semua murid yang beragama Islam di sekolah rendah pun tahu. Jika sekadar itu sahaja, maka khutbah yang dibawa di hadapan para jemaah yang terdiri dari berbagai tingkatan ilmu pengetahuan itu hanya seperti ‘suara dari buruk kakak tua yang pandai bercakap dalam bahasa Melayu sahaja.
Tentulah menimbulkan masalah bagi JAKIM kaalau khutbah itu dimasukkan seruan, ‘marilah kita sama-sama mewarisi tugas Nabi Muhammad s.a.w. menegak dan memerintah Negara Islam yang ditubuhkan di Madinah. Kita semua menggunakan Quran dan Sunnah sebagai asas Perlembagaan Negara, kerana Junjungan memerintah Negara Islam berdasarkan Quran.’
Tambah lagi, ‘… hanya dengan wujudnya Negara Islam akan dapat menyatukan orang Melayu dan ummah dan menjaminkan kita hidup dalam perpaduan, harmoni dan sejahtera.’
“Hanya Negara Islam yang mendapat keampunan dari Allah; negara bertuah dan Allah Maha pengampun (
Negara yang tidak mendapat keampunan dan keredaan Allah akan ditimpa bencana, seperti taufan, banjir besar, kebakaran, amalan rasuah, penyelewengan para pemerintah dan lebih ramai manusia rakan syaitan dan manusia yang taatkan Allah.
Mungkin (ustaz) Datuk Dr. Zahjid Hamidi berfikir dan mengajak para petugas JAKIM dengan kerjasama Majlis Fatwa Kebangsaan menyusun dan mengeluarkan risalah atau buku contoh Negara Islam bagi Malaysia.
JAKIM sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikawal oleh seorang menteri yang arif tentang pemerintahan Islam, maka menjadi tanggungjawab agensi itu mencelekkan mata rakyat Malaysia dengan mewujudkan buku panduan Negara Islam yang berpandukan Quran dan Sunnah sebagai pesaka Nabi Muhammad dan diwarisi oleh orang Melayu – ummah di Malaysia.
Agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada agama Islam itu, elok menganjurkan seminar khas mengenai ‘kebaikan Negara Islam yang menjadi pusaka yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad. Begitu juga Ustaz Dr. Zahjid Hamidi sebagai menteri yang bertangungjawab dengan agama Islam, hendaklah berfikir ke arah mewarisi tugas Nabi Muhammad, iaitu mendirikan Negara Islam di bumi yang telah diIslamkan sejak kemasukan agama Islam ke sini.
JAKIM bukan UMNO dan bukan PAS, tetapi ia patut mencari jalan mengajak UMNO bekerjasama dengsan PAS untuk menubuhkan Negara Islam dengan menyatukan kedua-dua parti politik orang Islam untuk sama-sama memerintah Negara Islam di bumi ini.
Bagi menyanjung khutbah Jumaat susunan JAKIM itu, maka saya mengatakan, JAKIM wajib mendahului umat Islam mengemukakan usahanya untuk bertanggungjawab sebagai pewaris tugas Rasul Allah Muhmmad sallal Lahu alaihi wa sallam.
Akhirnya saya berharap, JAKIM dapat menjadi benteng atau kota bagi mempertahankan parti politik yang menerajui kerajaan negara ini, iaitu dengan menerapkan kemahuan dan tanggungjawab sebagai pewaris tugas Rasul Allah untuk menegakkan Negara Islam, jika tidak parti politik tersebut akan menghadapi masa depannya yang kabur dan berkeadaan runcing ke hujung seperti ekor tikus dan akan ditolak oleh umat Islam yang menjadi pewaris tugas Rasul Allah.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.