Wan Nordin Wan Yaacob | |
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan menyifatkan calon Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Rais Yatim seperti ' si kitul' yang hanya bercakap lantang kerana mahu bertanding jawatan sahaja Sebaliknya, dalam bahagian yang diwakilinya (Umno Jelebu) masalah politik wang begitu membayangi pemilihan bahagian itu baru-baru ini. "Semua orang politik tahu siapa Rais Yatim. Orang juga tahu tujuan "Si Pembakar Jambatan" ini bercakap. Apabila nak bertanding Naib Presiden, dia mula meracau!," kata kenyataan Biro Penerangan KeADILan Negeri Sembilan. KeADILan menasihatkan Rais jangan terlalu banyak bercakap soal tohmahan bahawa kononnya Pakatan Rakyat mahu mengurangkan kuasa dan kekebalan raja Melayu. Sebaliknya Rais perlu menjaga Kementerian Luar yang kini berhadapan dengan persoalan imej Malaysia yang tercalar akibat laporan akhbar "Liberation" dari Perancis berhubung isu pembunuhan Altantuya Shaariibu. "Akhbar tu tulis tentang berita Dato' Seri Najib makan malam di Paris dengan mendiang Altantuya! "Ini maruah Malaysia. Menteri Luar kena jawab. Kena jaga nama baik negara. Lebih-lebih lagi nama yang didakwa tu bakal Perdana Menteri," kata kenyataan itu. "Janganlah Rais sibuk-sibuk nak lagakan rakyat Malaysia-kononnya Pakatan Rakyat nak hapuskan kuasa Raja. Pakatan Rakyat nak raja kita raja kepada orang Malaysia, raja kepada orang Cina, raja kepada orang India dan lain-lain kaum di Malaysia," katanya. Rais sekali lagi diingatkan agar tidak mengulangi sejarah 'Si Kitul' kerana bagi KeADILan cukuplah sejarah Melaka yang rosak kerana pembesar-pembesar seperti Rais. "Kalau raja sebagai lambang kedaulatan orang Melayu, kenalah jaga kedaulatannya di kalangan bangsa asing. Janganlah jadi pembodek yang umpama "gula...manis tapi bawa penyakit. Biar pahit tapi jadi ubat." Ingatlah kata-kata dalam Sejarah Melayu, "Raja adil, Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah!"," katanya. (Berita ini diambail dari harakahdaily, 13 Mac 2009) |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.