Wednesday, March 11, 2009

RAJA MELAYU DAN BANGSA MELAYU

NASIHAT RAJA DAN HARAPAN RAKYAT

Oleh:Mokhtar Petah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris shah telah menyatakan keyakinan baginda, iaitu kita akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hasil dari sikap hormat menghormati antara semua kaum.

Baginda telah bertitah pada ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Persidngan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor, di Shah Alam pagi semalam.

Sementara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada ketika bertitah kerana melancarkjan buku The Malays,buah tangan Profesor Anthony Milner dari Australia National Universiti, di Bangi semalam juga mengingatkan rakyat umum memahami takrif bangsa Melayu.

KEKUATAN MELAYU

Titah baginda, “Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa dan disalut dengan agama, itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini.”

“Hari ini sudah timbul usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi berkenaan,” titah Raja Dr. Nazrin shah lagi.

Sebelum itu baginda telah menekankan, bahawa elimen yang berperanan sebagai faktor penyatuan bangsa selama ini adalah modal sosial yang amat berharga dan wanjib dipertahankan.

RAJA MELAYU

Dalam kontek bangsa Melayu di Malaysia, elimen itu terdiri dari faktor agama, bahasa serta budaya di bawah naungan dan perlindungan Raja - Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Dua titah berhikmah dari dua orang Raja Melayu itu menarik hati saya. Lalu saya teringat akan kata - kata dari seorang anggota kerabat Raja Deli (Indonesia) kepada saya pada tahun 1955, bahawa raja dan rakyat laksana aur dengan tebing, rebak tebing runtuhlah aur dan runtuh aur rebaklah tebing. Maknanya hilang raja akan hilanglah ikatan raja dengan rakyat dan akan lahir sebuah negara bersifat republik dan semua rakyat berkeadaan radikal.

Keluarga atau para kerabat Raja Deli terpaksa melarikan diri masing - masing dari gerakan revolusi Indonesia pimpinan Ir. Soekarno dan Dr. Hatta dan mereka tinggal berkelana, di Bukit chandan Kuala Kangsar. Kemudiannya mereka menjadi orang kebanyakan.

ADAT ISTIADAT

Manakala pujangga Hamka dalam percakapan dengan saya di Kuala Kangsar pada tahun 1964, bahawa Raja bagi satu-satu bangsa tidak diangkat dan didaulatkan oleh agama Islam atau agama-agama lain, tetapi disebabkan wujudkan budaya dan adat istiadat sesuatu bangsa itu.

“Raja menjadi teras dalam batang pokok dan rakyat kuat sebagai tunjag mempertahankan teras batang pokok itu, jika teras dan tunjang tidak selaras atau tidak sama imbangan, maka robohlah pokok,”katanya.

Maka titah Sultan Selangor dan Raja Muda Perak adalah sama dengan pendapat di atas.Perpaduan dan harmoni tidak akan dapat tercapai jika tidak ada rasa hormat menghormati antara satu dengan lain di kalangan rakyat.

TEBING DAN AUR

Tetapi sekarang, saya melihat, kedudukan antara Raja dengan Rakyat seperti tidak laksana tebing dengan aur dan teras dan tunjang lagi, kerana ‘institusi Raja’ dan ‘organisasi massa’ (rakyat jelata) berada pada jarak jauh laksana langit dengan bumi.

Saya yang pernah bergaul dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah dan kalangan Istana Sultan, di Bukit Cahandan, pada sekitar tahun 1970-an dan awal tahun 80-an, saya mendapati antara Raja dengan rakyat jelata tidak ada lagi falsafah ‘ cubit paha kanan paha kiri terasa’.

Pada hakikatnya institusi raja hanya amat akrab dengan golongan bangsawan dan elit Melayu dan golongan hartawan atau dinamakan ‘kapitan Cinta’. Manakala rakyat jelata Melayu, ada yang tidak pernah menatap wajah Raja mereka secara dekat, pada masa belum ada televisyen mereka hanya mendengar cerita sahaj, kini mereka dapat menonton wajah Raja mereka di kaca televisyen.

INSTITUSI RAJA

Mungkin pendapag saya tidak betul dilihat oleh pihak institusi Raja, tetapi saya yakin dengan pendapat saya sendiri, iaitu untuk mencapai perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat, maka Majlis Raja-Raja Melayu hendaklah bermuhasabah diri dan turun padang mendekati rakyat jelata.

Raja Melayu akan dapat melihat sendiri akan apa yang dirasa dan dialami oleh rakyat sepanjang masa pembangunan dan ekonomi yang ibarat ‘suara naga berjalan semut’ ini; mereka hidup ibarat berselimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terdedah, dan hidup sentiasa makan sambal telunjuk berdiri.

Semua orang tahu, jika diri dibelit kesusahan, cinta dan perpaduan tidak memberi erti apa-apa. Jika hidup renggang berenggang, harmoni tidak akan wujud, kerana masing - masing ada sikap nafsi - nafsi.

MEMUPUK PERPADUAN

Maka, saya berharap, Majlis Raja - Raja Melayu dapat menggembelingkan fikiran dan tenaga mencari jalan dan ikhtiar untuk mewujudkan perpaduan rakyat jelata. Ertinya tidak diharapkan pihak Perdana Menteri dan para pemimpin bawahan sahaja untuk mewujud dan memupuk perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat.

Ucapan Hakim Besar Mahkamah tinggi Semenanjung, Raja Tan Sri Azlan Shah bin Sultan Yusuff (kini Sultan Perak), bahawa ‘jika rakyat tidak mahukan lagi institusi iastana dan dengan izin Allah takhta akan berpindah ke muzium adat budaya’ elok menjadi kajian Majlis Raja - Raja bagi mengembangkan ikhtiar agar Ra-Raja Melayu dan rakyat jelata kembali menjadi seperti aut dengan tebing dan teras dengan tunjang.

Cara kembalikan faktor ‘aur denan tebing’ dan’ teras dengan tunjang’, di samping Raja Raja Melayu gturun padang menemui rakyatg jelata, maka kuat fahaman agamaIslam di kalangan orang Melayu, cari farmola untuk menyatukan orang Melayu di samping menyedari ‘biduk lalu kiamabang bertaut’ dan’ air dicincang tak’kan putus.

Saya berharap Sultan Selangor dan Raja Muda Perak akan dapat menjadi pelopor ke arah yang kita sama - sama harapkan itu agar

(Tamat)

tunjangnya

Laksana aur dengan tebing

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.