PELOPOR MODAL INSAN DAN TAMADUN MELAYU
Oleh: Mokhtar Petah
Penghormatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, akan menganugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemikiran dan Tamadun Islam, adalah satu penilaian yang mulia dari gedung iktelektual Islam kepada pemimpin dari golongan ulul albab – intelektual Islam.
Bernama melapohkan, Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, penganugerahaan ijazah itu adalah pengiktirafan terhadap usaha Abdullah dalam pempejuangkan Islam Hadhari sebagai pendekatan menyeluruh bagi membangunkan umat manusia, masayarakat dan Negara yang meletakkan Malaysia sebagai Negara Islam progresif pada era globalisasi.
‘Sejurus telepas mengambil alih teraju kepimpinan megara, beliau secara rasmi mengumumkan Islam yang sebanar menjadi asas dan inspirsi bagi tadbir urus yang baik dan pembangunan di
MASIH MENUNTU
Abdullah Badawi dikenal oleh golongan UMNO dan orang ramai seawal beliau menjadi ahli Dewan Rakyat, tetapi sebelum itu nama beliau tidak pernah disebut orang.
Saya telah mengenali Abdullah Badawi pada tahun 1953. Pada masa itu beliau masih menuntut di sekolah menengah rendah. Beliau seorang penuntut yang menutut pelajaran akademik dan pelajaran agama Islam.
Sebelum Abdullah Badawi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, beliau adalah penuntut sekolah agama lepasan sanawi empat.
LANGIT ZAMAN
Abdullah Badawi telah memilih jurusan sastera - pengajian Islam -. Adalah sebagai melayakkan dirinya menjadi seorang ulul albab - intelektual Islam yang akan memahat namanya di langit zaman.
Apabila Abdullah Badawi mengumumkan doktrin atau dasar kepimpinannya Islam Hadhari, kalangan parti pembangkang dan orang ramai membantah dengan menyifatkan Islam hadhari mazhab baru dan ada pula yang menyifatkan berlawanan dengan agama Islam.
Sesungguhnya tidak ada orang yang mengetahui dari mana asalnya Islam Hadhari itu. Hasil kaji selidik saya, Islam Hadhari lahir dari tiga unsure, iaitu dari daya fikiran Abdullah sebagai seorang Muslim sejati, dri pengajian beliau akan segala jenis ilmu pengetahuan dan dari daya fikira anggota-anggota PAS yang menulis teks ucapan Presiden PAS, Allahyarham Haji Yusof Rawa.
MUKTAMAR PAS
Elok saya nyatakan di sini, Yusof Rawa adalah rakan karib datuk kepada Abdullah Badawi, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim dan bapa beliau, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi.
Yusof Rawak telah berucap dalam muktamar PAS, di
Saya telah bertanya kepada Yusof Rawa, adakah beliau sendiri menulis teks ucapan itu atau orang lain, kerana saya mendapat dalam aucapan itu ada idea para pemimpin parti Ikhwanul Muslimin, Masir, Muhammad Abduh, Syed Qutb, Hassan al Bana dan Jamaluddin Al Afghani. Beliau menjawab: “ … antaranya idea ana hasil membaca banyak buku Islam, ditulis oleh sebuah team, termasuk Haji Nakae Haji Ahmad Naib Presiden PAS .”
UMAT ISLAM
Sebaik - baik sahaja Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mengumpulkan sebilangan ulama, termasuk Datuk Haji Nakae, untuk mewujudkan satu dasar atau corak Islam seperti yang ditunjukkan oleh Quran dan Sunnah, iaitu bekerja untuk dunia dan bekerja untuk akhirat.
Team itu telah menerima sebanyak sedikit dari ucapan Yusof Rawa dari sebuah risalah yang mengandunjgi ucapannya.
Saya melihat, Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah Badawi tidak berlawanan dengan agama Islam tulin - bersadarkan Quran dan Sunnah.
MODAL INSAN
Hari ini, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi dengan menerima konsep Islam Hadhari telah memperlihatkan kepada kita akan kemajuan, terutama umat Islam, iaitu mereka sebagai pengembara yang bekejerja kuat untuk keduniaan dan menngamalkan segala tanggungjawab untuk hari akhirat.
Mac ini adalah bulan terakhir Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau akan meninggalkan kerajaan dan UMNO. Beliau akan menjadi orang kebanyakan. Hanya jasa beliau yang ditinggalkan (saya nyatakan berhubungan dengan kejiwaan, hikmah dan perundangan dan moral) Islam Hadhari, hikmah Modal Isnan[1], Suruhanjaya Kehakiman dan suruhanjaya Pencegahan Rasuh.
Empat perkara yang ditinggalkannya itu menjamin ‘tamadun Melayu’ dan jika semua orang Melayu - ummah - mengamalkannya, maka perpaduan dan harmoni antara smua arakyat terjamin pada masa hadapan.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.