Sunday, March 29, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL AM PAS

Tuan Guru Nik Aziz Lancar Blog

"Saya terharu disebabkan khianat pemimpin Umno terhadap Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebabkan orang Cina dan India turut sama menangis. Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa berlaku Febuari lalu, Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat. Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut. Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar, rakyat di Perak amat memahami suasana politik terkini yang berlaku di tempat mereka.

Pemimpin Umno sekarang sudah tenggelam dalam najis rasuah apabila ia diakui sendiri Lembaga Disiplin parti terbabit. Kalaulah peringkat tinggi pun dah ada rasuah, Umno di peringkat bawah akan lebih teruk lagi. Oleh itu saya rasa dah tak ada sebab orang ramai masih hendak undi Umno sekarang. PAS memberi sokongan padu terhadap calon KeADILan yang bertanding di Dun Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.