Sunday, March 29, 2009

DR AMAHATHIR

Kemasukan semula Dr Mahathir prerogatif parti: Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan untuk menerima permohonan bekas Perdana Menteri dan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, adalah prerogatif parti.
"Bukan hak saya untuk menerima beliau tetapi ia adalah prerogatif parti untuk membuat keputusan kelak," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini, hari ini.
Dr Mahathir sudah menyatakan kesediaannya untuk kembali menyertai Umno.

Ditanya sama ada beliau ambil hati dengan kritikan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya, Abdullah sambil ketawa berkata: "Siapa yang tidak kenal Dr Mahathir."

Dr Mahathir sering kali mengkritik penggantinya itu berhubung beberapa keputusan yang dibuat pentadbiran Abdullah menerusi blognya, chedet.com.
Abdullah turut ditanya mengenai cadangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau dan bekas Perdana Menteri itu bertindak sebagai penasihat Umno selepas ini.

"Saya tidak menolak idea itu. Saya sentiasa boleh bekerjasama, bukan jadi masalah kepada saya, dengan Tun atau sesiapa sahaja," katanya.

Ditanya mengenai pertemuannya dengan Dr Mahathir hari ini, Abdullah berkata, mereka tidak berbual, cuma sekadar bersalaman.

(Berita Bernama 29 Mac 2009)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.