Monday, March 30, 2009

NIK AZIZ MURSYDUL 'AM PAS

Tuan Guru Nik Aziz Lancar Blog

Nik Aziz

"Sesungguhnya harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu adalah satu nikmat yang terkandung di dalamnya ujian; mampukah manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunhia. Ada manusia yang sabar menerima kesusahan dan kepayahan hidup, tidak kurang juga yang gagal apabila diuji dengan kesenangan.
Orang yang bersifat bakhil dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka, adalah di antara mereka yang kecundang. Sifat kecintaannya yang keterlaluan terhadap mata benda dunia menyebabkan mereka terlalu kikir, atau genggam tak tiris.
Kekayaan ada kalanya tidak memberi erti apa - apa terhadap pemiliknya, terutama pada ketika mereka ditimpa sakit yang kronik. Selera makannya tiada walaupun dia mampu mengadakan makanan yang beraneka dan serba enak. Tambah malang lagi bila doktor mengenakan berbagai pantang larang, akhirnya, walaupun lauk pauk yang lazat - lazat terhidang di hdapananya, namun dia hanya jadi penonton sahaja, kerana hampir kesemua yang lazat itu adalah pantang buat dirinya.
Andai kata orang itu sembuh dari sakit yang dihidapinya, sedangkan sakit itu menyebabkan dia telah kehilangan berbagai nikmat hidup itu, maka sewajarlah dia bersyukur atas kurnia Allah itu. Adalah aneh jika harta yang hampir - hampir tidak dapat menyenangkan dan membahagiakan dirinya pada ketika dia sakit dulu, tiba - tiba dia tetap kikir (bakhil) dan terlalu liat untuk menghulur bantuan setelah dia sihat."

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.