|
Najib Tun Razak
15 PERKARA JAMIN KEJAYAAN
Kalau tidak ada aral melentang; insya Allah April 2009 ini Naji Tun Razak akan menduduki takhta Perdana Menteri Malaysia. Jika beliau amal 15 perkara, beliau akan mencapai kejayaan sebagai pemimpin negara, rakyat semua kaum dan bangsa Melayu. Jika beliau ketepikan 15 perkara, kegagalan menanti beliau dan beliau akan turun dalam keadaan menyedihkan. SEPULUH PERKARA 1 - Kuatkan akidah dan kepentingan Islam di kalangan umat Islam di negara ini. 2 - Berikhtiar menyatu - padukan orang Melayu atau ummah. 3 - Menganjurkan UMNO bekerjasama dengan parti politik yang berideologikan Islam atau sekurang - kurangnya tidak memusuhi parti tersebut. 4 - Kukuhkan perpaduan rakyat semua kaum dan tegas terhadap orang yang memaki hamun orang Melayu. 5 - Adakan perundingan dengan para ulama dengan tidak mengira apa parti politik yang mereka sertai dan yang tidak berparti politik. 6 - Elakkan dari mencerca ulama dan mempertikaikan hukum - hukum dalam Islam. 7 - Berjuang dan berkhidmat untuk negara dan rakyat mengikut denai dan sikap seperti Tun Abdul Razak. 8 - Utamakan orang muda bersih dari rasuah untuk aktif dalam UMNO dan tidak mementingkan orang lama yang amalkan politiki wang atau rasuah. 9 - Jangan mendengar cakap orang secara buta tuli, terutama orang perempuan, jika tidak akan menjadi sepertri dengar cakap enggang makan buah belolok. 10 - Kerapkan diri menjadi imam sembahyang waktu, mengadakan tazkirah dan memahami dan nenhayati Quran dan sedikit Hadis. 11 - Hati-hati dengan kawan dan orang yang di hadapan anda manis muka, tetapi dibelakang, masam macam cuka dan pahi macam jadam. 12 - Agihkan habuan dari kerajaan kepada para peniaga dan rakyat dengan adilk dan tidak pillih kasih. 13 - Tidak amalkan rasuah dan politik wang, sentiasa waspada rakan - rakan seperjuangan dari perbuatan dilaknat Allah itu. 14 - Tidak bercakap takbur terhadap rakan dan lawan. 15 - Tidak tinggalkan sembahyang fardu dan, pada tiap malam membaca Quran; Surah At Taubah, Al Waqi'a atau Al Hasyr (faham erti dan maksud). Pada ketika bangun pagi, baca tiga surah ada 'qul' tiga kali. Insya Allah sentiasa dalam keredaan Allah. (mokhtar petah)
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.