Oleh:Mokhtar Petah
(Gambar ini diambil dari kaca televisyen)
Ipoh -Perasaan geram, marah, kecewa dan ingin terus berkuasa menjadi laksana pepohon berbunga dalam hati setiap diri para ahli dan penyokong parti - parti pembangkang - DAP, PKR dan PAS - Pakatan Rakyat, pada ketika mereka berkumpul di hadapan pintu utama Bangunan Darul Redzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang, dalam Bandaraya Ipoh, yang ditutup, pada pagi ini.
Polis FRU berkawal ketat sekitar jalan masuk ke bangunan yang mengandungi pejabat Menteri besar, Speaker, pejabat-pejabat dan Dewan Undangan Negeri itu.
Jika polis tidak berkawal entah apa akan terjadi kepada bangunan tersebut.
Ratusan rakyat Sultan Perak yang terdiri dari berbagai kaum, datang membatah pintu utama bangunan itu ditutup dan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri yang dipanggil oleh Speaker V.Sivakumar gagal diadakan dalam dewan keramat itu, sebaliknya di adakan di bawah pokok.
Sidang itu dihadiri oleh Dato' Sri Mohamed Nizar Jamaluddin (Menteri Besar yang diberhentikan oleh Sultan) dan semua ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat.
Mereka yang berhimpun itu tidak mengganas, tetapi telah mengeluarkan kata-kata parti yang sering dijerit dan dilaungkan oleh orang-orang yang terlalu marah.
Saya melihat, sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (atau lebih aras), usaha dan tindakan para ahli dan penyokong parti-parti pembangkang itu tidak akan berjaya.
Buat masa ini kekuatan Sultan Perak dan kerajaan mengatasai kekuatan mereka yang tersingkir itu.
Difahamkan, pihak polis sedang mengekori individu-induvidu yang menjadi 'master mind' peristiwa pagi ini dan polis juga mencari individu yang mengeluarkan maki hamun kepada pihak polis.
Para penulis dan pemerhati politik berpendapat, peristiwa itu tidak mencerminkan perjuangan jihad atau mengikut Islam, sebaliknya hanya bertujuan unjtuk mempertahankan kuasa yang sedang terlepas dari tangan.
Bagi orang Melayu yang di atas pagar - tidak menyertai mana-mana parti politik - Barisan anggota-anggota Exco di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato Dr. Zabry Abdul Kadar lebih menguntungkan orang Melayu berbanding dengan barisan anggota Exco PKR pimpinan Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.