GANTUNG DUA PERMIT AKHBAR Oleh: Mokhtar Petah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Menurut |
Saya pernah bercakap dengan Ketua Editor Mingguan Politik, Sdr. Mohd.Sayuti Omar, bahawa pihak pengendali
“Saya dapati HARAKAH telah lama melanggar peraturan itu …, menyiarkan berita umum, kecaman kepda kerajaan dan pihak - pihak lain dan sebagainya …, peraturann yang ada. diboleh menyiarkan tulisan mengenai organisasi
Mohd. Sayuti yang sentimennya banyak kepada PAS, dia tidak berkata apa - apa, hanya diam. Senyum pendek sahaja.
Saya dengan Mohd. Sayuti Omar sering berbincang mengenai perkara umum. Saya tahu, banyak pendapat dan pandangan saya tidak diterimanya.Dia lebih bijak dari saya.
KESILAPAN DAN KELEMAHAN
Saya melihat, tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri, tidak seperti yang ditekankan oleh penulis HARAKAH seperti dalam paragraph kedua berita di atas, tetapi kerana kesilapan atau kelemahan pihak pengedali HARAKAH dan SUARA KEADILAN atas perkara yang saya telah sebutkan kepada Mohd. Sayuti Omar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menjelaskan tentang sebab - sebab dua
Timbaklan beliau, Datuk Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat semalam, bahawa penggantungan permit itu bukan agenda BN tetapai amalan normal.
“Amaran sentiasa diberi kepada penerbitan akhbar tanpa mengira parti politik supaya mematuhi syarat yang ditetapkan.
MENGAMBIL TINDAKAN
Penerbitan akhbar lain yang mempunyai lesen menerbitkan berita memenuhi syarat yang ditetapkan kecuali Harakah dan Suara Keadilan yang masih tidak memenuhi apa yang disyaratkan.”
Saya tidaklah bertujuan menghampu kerajaan Malaysia - jika PAS - Pakatan Rakyat memerintah negara ini, mereka juga akan menguatkuasakan peraturan yang ada dan jika mana - mana penerbit yang memeliki permit penerbitan melanggar peraturan yang tersebut, mereka juga AKAN mengambil tindakan sebagai tanggungjawab dan amanah -, bahawa kerajaan sangat berlembut dengan pihak HARAKAH dan SUARA KEADILAN kerana tidak mengmabil tindakan ke atas dua akhbar tersebut yang telahlama melanggar peratuan, tetapi berperanan sebagai akhbar bebas yang dimilki oleh syarikat berkanun.
Berikut ini contoh yang dilakukan oleh kedua - dua suratr khabar tersebut:
a - Kedua akhbar itu melenggar peraturan bagi akhbar milik
Organisasi, iaitu hanya menyiarkan berita artikel dan
sebagaianya mengenai organisasi sendiri sahaja, ertinya
tidak ada hak kebebasan seperti media milik syarikat
berkanun.
b - Dua akhbar itu menyiarkan berita dan artikel seperti akhbar
milik syarikat berkanun yang memiliki kebebasan.
c - Berita dan artkel tidak mengiakut etika akhbar atau kewarta-
wan kerana banyak mengcam melulu, sekap jarang dan
seumpamanya.
d - Akhbar milik organisasi hanya untuk ahlin ya sahaja, tetapi
kedua-dua akhbar itu dijual bebas kepada arang ramai.
Saya yang bepengalaman dalam dunia kewartawanan melihat tindakan KDN tidaklah menyekat kebebasan akhbar atau wartawan, tetapi kerana pihak akhbar itu sendiri melanggar peraturan.
SUARA ORGANISASI
Untuk menjadikan akhbar bebas, pihak pemilik akhbar itu eloklah meminta
Saya telah berpengalaman juga, bahawa pada masa Al Arqam belum diharamakan, saya memiliki permin majalah IMAM, kerana saya tidak mempunyai modal untuk menerbitkan majalah bulan itu sampai 200,000, walaupun saya tidak men jadai ahli Al Arqam, setelah berunding dengan pemimpinnya,Ustaz Ashaari Muhammad, maka majalah itu diterbitkan oleh
Al Arqam tetapi tidak menjadi suara organisasi itu.
AMARAN HALUS
Pihak Al Arqam dan saya sama-sama setuju mematuhi peraturan dari KDN atas majalah tersebut seperti yang terkandung dalam permitnya.Tetapi setelah empat keluaran, Editor pihak Al Arqam, Encik Pahrol Mat Joi (kini sering bercakap di tv), telah mengenepikah saya sebagai Ketua Editor majalah gtersebut dan dia telah menyiarkan beberapa artikel yang akan behakibat.
Pihak Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman telah memanggil saya ke
Besoknya saya telah berunding dengan editor pihak Al Arqam , Sdr. Fahrol Mat Joi dan beberapa anggota pihak Al Arqam lagi, tetapi mereka tidak setuju dengan nasihat dari Bahagian Cawangan Khas dan mahu meneruskan selera mereka. Keputusan yang saya amnbil kemkudiannya, ialah majalah IMAN terpaksa diberhentikan penerbitannya.
Elok saya ceritakan kenangan manis yang saya alami pada beberapa tahun lalu, iaitu pihak PAS telah mengundang saya untuk memberi ceramah kewartawanan dalam sattu majlis di ibu pejabat parti itu, di Taman Malewar,
Apabila ceramah saya mengenai berita dan artikel dalam HARAKAH perlu diperbaiki kerana tidak mengikut etika kewartawanan, maka dalam majlis itu ramai yang melaung membatah dan mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’ beberapa kali sehingga saya berhenti berceramah.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.