PPERDANAMENTERIMALAYSIA |
|
”Keyadkinan rakyat amat penting dan dengan pemilihan yang dibuat itu, insya Allah kita dapat meneruskan perjuangan dan apa juga yang menjadi agenda negara dengan sebaiknya. Kepimpinan yang dipilih itu bukan hanya sekadar untuk ahli parti yang suka atau yang diyakini, tetapi kita mesti fikir juga bahaw kepimpinan UMNO nanti ada peranan besar dalam kerajaan dan menjadi pemimpin negara. Apabila tiba masa untuk menjalankan tanggungjawab, lakukan dengan lafaz Bismillah dan dengan hati yang suci demi kepentingan parti dan perjuangan. Kita mengasah kebolehan untuk bercakaran. Apa yang berlaku dan melemahkan UMNO adalah dari dalam UMNO itu sendiri. Bukan orang lain. Kita hantar bola tanggung dan orang lain smashlah.Yang merosAkan susu sebelanga bukan kerana nila sebelanga, tetapi hanya (kerana) nila setitik. Jika hendak melakukan perubahan dalam UMNO, lakukan perubahan pada hati dan perangai terlebih dahulu. Bukan cakap lain, bikin lain. Kita mahu pewaris dalam UMNO menambah nilai dalam perjuangan kita dan kejayaan kita.” (Bercakap dalam sindang akhbar, selepas taklimat Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke - 59, p a 24 Mac 2009) |
Abdullah Ahmad Badawi |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.