QURAN DAN ISLAM
Katakan: Bagaimana fikiran kalian jika Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kalian mengingkarinya (tidak mengikut dan tidak mengamalkan segala ajaran dan petunjuknya untuk kehidupan dan pemerintahan), pada hal ada seorang saksi dari Bani Israel memberi keterangan mengakui (memang benar kitab) yang sama seperti Quran ini, lalu dia percaya (Quran ini dari Allah), sebaliknya kalian dengan sombong mengingkarinya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada kaum yang zalim. – Al Ahqaaf: 10
Nota: Menurut para ahli tafsir Quran., bahawa seorang dari Bani Israsel itu, ialah: 1 – Seorang Yahudi, Abdullah bin Salam telah memeluk agama Islam setelah meneliti dengan baik akan Quran, atau 2 - Nabi Musa telah menegaskan akan ke datangan Muhammad sebagai rasul Allah yang terakhir, atau 3 - Pokok-pokok ajarana asli agama Yahudi bersesuaian dengan ajaran Islam, menyebabkan mereka yang mendalami agama Yahudi mengakui, bahawa Quran dan agama Islam itu memang benar datang dari Allah.
HADIS
IBU BERNAZAR
Seorang perempuan telah bertanya kepada Rasulullah, Muhammad s.a.w. , “Bagaimana, sekarang ibu saya telah meninggal dunia, dia telah bernazar akan berbuasa, tetapi dia telah meninggal dunia sebelum memenuhi nazarnya?” Rasulullah telah bersabda: Warisnya hendaklah berpuasa untuknya.
Perawi: Ibnu Majah.
PETUA
GADIS SUSAH HATI
Seorang gadis eksekutif dalam sebuah syarika Amerika Syarikat, susah hati dan hampir kecewa kerana ramai pekerja di syarikat tgersebut diberhentikan kerja kerana berdepan dengan ekonomi dunia yang merosot. Dia takut masa depannya gelap. Dia kemukakan masalahnya kepada kekasihnya. Keksihnya ketawa dan bertanya kepadanya: Sayang, sayang orang Islamke? Beriman kepada Allahke? Ulat dalam batu pun tak pernah pugtus asa.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.