Monday, February 2, 2009

QURAN


ORANG MUNAFIK


Orang – orang lelaki dan perempuan munafik, satu dengan yang lain sebangsa (sama); mereka menyuruh melakukan yang salah, melarang membuat yang baik dan mereka menggenggamkan tangan masing – masing (sangat kikir dan tidak suka berbuat baik kepada orang lain). Mereka melupakan Allah, sebab itu Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang - orang munafik itu adalah manusia - manusia yang jahat.

Allah telah menjanjikan untuk orang - orang lelaki dan perempuan munafik dan mereka yang tidak beriman itu neraka

Jahanam. Dan Allah mengutuk mereka dan mereka mendapat siksaan yang lama. - At Taubah: 67, 68.

HADIS

KABIN JANTAN

Rasulullah Muhammad s.a.w. ditanya seorang sahabat tentang kambing jantan (bapa randuk) pinjaman. Jawab Junjungan: Allah mengutuk orang yang menghalalkan (nya) dan mengutuk perbuatan yang dihalalkannya itu.

- Perawi: Ibnu Majah.

Nota: Kambing jantan (bapa randuk), boleh juga diertikan perempuan yang menggunakan lelaki bukan suaminya untuk mendapatkan anak.

PETUA


BAU BUNGA

Sepasang manusia yang bercinta, selama mereka bercinta berbau bunga, walaupun mereka duduk atas timbunan bangkai, tetapi bila hilang cinta, berbau busuk, walaupun mereka berenang dalam kolam air wangi. Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.