Bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apabila beliau melakukan reformasi dua institusi penting dalam negara iaitu pencegahan rasuah serta institusi kehakiman, niatnya jelas. Kata Perdana Menteri, “Buat rumah elok, tiang mesti kuat”. Tidak sukar mentafsir maksud kata-katanya itu. Ringkasnya, beliau mahu Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh memberi keyakinan dan keselesaan kepada rakyat, pelabur mahupun peniaga pada masa depan. Ini juga bagi membetulkan persepsi kononnya bidang pencegahan rasuah dan kehakiman di negara ini kurang berwibawa Sebab itu, Abdullah membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) 2008 pada sidang Parlimen ini. Beliau berkata, usaha untuk menambahbaik dua institusi berkenaan melalui perubahan undang-undang dua badan itu adalah janji kerajaan pada pilihan raya umum 2004. Namun, bukan semua perkara baik diterima dengan mudah. Rang undang-undang SPRM dibahaskan selama dua hari sebelum diluluskan. Ketika barisan pembangkang mempersoalkan masalah teknikal pelaksanaannya, ada pula cerita-certia dikalangan pemimpin Barisan Nasional (BN),kononnya Abdullah ada muslihat tertentu dengan pembentangan undang-undang itu sebelum peralihan kuasa Mac depan. Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan Agendadaily, menolak cakap-cakap bahawa undang-undang baru yang akan berkuat kuasa awal tahun depan dilasakan dalam tempoh tiga bulan sebelum melepaskan jawatan, mempunyai tujuan tertentu. Dalam pertemuan itu, Abdullah lebih mempersoalkan sikap ahli parlimen pembangkang yang membuang masa ketika membahaskan rang itu dengan bercakap perkara-perkara lama. “Pembangkang buang masa, mereka patut cakap terus apa yang setuju;;;tak setuju dengan rang undang-undang ini. Bagi tau pindaan, sokong atau tidak. Bukan bercakap benda-benda lama berulang kali,” ujar beliau. Beliau melihat, perbahasan itu banyak menimbulkan perkara yang negatif. “Kalau anggap rasuah tak baik, sokonglah SPRM kenapa nak cakap orang tu korup, orang ni salah guna kuasa,” katanya. Abdullah menjelaskan, reformasi ini adalah bentuk modal insan melalui pendekatan Islam Hadhari bagi lahirkan manusia bermoral dan berilmu. Beliau menjelaskan, SPRM ini merupakan value add pada undang-undang atau peraturan sedia ada. “Macam ini, baru boleh maju. Macam orang bisnes, kena tambah nilai, baru ada peningkatan dan kejayaan,” katanya. Perdana Menteri itu memberi gambaran pembangunan yang perlu ada keseimbangan dengan tidak tertumpu di bandar sahaja tetapi infrastruktur luar Bandar perlu ditambah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. “Ini sebahagian besar (massalah) dalam pembangunan negara. Macam-macam persepsi rakyat terhadap polis, hakim dan penguatkuasa di negara ini. Buat rumah elok, tiang perlu kuat,” ujar beliau. Katanya, inilah kekuatan dan integriti dalam pelaksanaan pencegahan rasuah serta kehakiman supaya beri keyakinan kepada rakyat. “Kita kena fahami apa yang tersirat, bukan yang tersurat sahaja,” tegasnya. Menurut beliau, ianya juga dapat memperlihatkan kepimpinan kerajaan dan Melayu yang adil kerana kewajipan orang Islam adalah menghakimi secara adil dan ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Abdullah turut menekan betapa perlu mengubah minda supaya tidak lagi melihat rasuah hanya di sector awam sahaja sebaliknya usaha melawan rasuah perlu memasuki sektor swasta. Katanya, penyalit dalam jiwa serta persepsi terhadap masalah ini mesti dihilangkan. Beliau mengakui punca dakwaan rasuah di negara ini serius disebabkan ada pihak mudah mencipta persepsi sedemikian. “Masalahnya, kita mudah cipta persepsi…tuduh kerajaan, pemimpin dan menteri korup. Ini semua pemikiran negatif – macam-macam bermain dalam kepala,” jelasnya. Baginya, akta pencegahan rasuah 2008 bukankah sesuatu yang perpect.tetapi Ketua Pembangkang yang juga bekas timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasannya mengakui apa yang ada kini lebih elok daripada akta BPR 1997. Bagaimanapun, Abdullah tidak hairan jika pembangkang sentiasa menolak cadangan-cadangan atau idea dikemukakan kerajaan kerana pemikiran mereka memang begitu. “Mereka dok fakir PM macam-macam, PM rasuah, PM salah guna kuasa dan macam-macam lagi..Kenapa tidak fakir yang positif…PM boleh buat kerja lagi,” kata beliau,. Perdana Menteri berkata, sikap dan pemikiran pembangkang hari ini tidak sehebat seperti ketika Tan Sri Lee Lam Thye dan Tan Sri Tan Chee Koon menjadi pemimpinnya. Mengenai Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Abdullah berkata, isu utamanya hanyalah soal pelantikan, bukannya siapa bakal dilantik. “Kita cadangan kaedah pemilihan yang ada ketelusan…sama ada terima atau tidak, itu kuasa prerogatif atau hak muthlak PM…dan tak akan korbankan prerogatf PM dengan pelantikan hakim yang tidak layak” jelasnya. “ Dulu (akta) 1997..kini kita tambah nilai atau penambahbaikan.. jangan sikap buruk sangka dengan halang apa jua rancangan kerajaan. Jangan kita terperangkap dalam pemikiran negatif pada kerajaan,” pinta beliau.. Perdana Menteri yakin kedua-dua suruhanjaya itu apabila dilaksanakan kelak akan membawa perubahan dalam bidang berkenaan,. Persidangan Dewan Rakyat, petang Selasa meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya. Rang Undang-Undang Suruhajaya Pelantikan Hakim pula masih dibahaskan. Pada pertemuan itu juga, Abdullah menegaskan beliau akan tunaikan semua tanggungjawab yang ada selagi masih Perdana Menteri dan akan melaksanakan amanah tersebut sampai ke saat terakhir. 17/12/2008 Hingga saat akhir... (Artikel ini diambil dari Mingguan Watan, 1 Februari 2009)
---------------------------
Menjelang tiga bulan terakhir melepaskan jawatan Perdana Menteri, banyak spekulasi yang berlegar mengenai usaha-usaha pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ada pandangan yang sinikal yang mempersoalkan apa yang boleh dilakukan oleh Abdullah dalam tempoh tiga bulan sebelum melepaskan jawatannya Mac depan.
Lebih khusus, usaha pembaharuan dalam bidang pencegahan rasuah dan institusi kehakiman melalui pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Kehakiman di Dewan Rakyat mendapat reaksi yang bukan sahaja daripada pembangkang tetapi juga kalangan ahli-ahli parti pemerintah sendiri.
Ada yang mempertikaikan kenapa rang undang-undang tersebut perlu diadakan, Adakah ia mempunyai muslihat tertentu daripada sudut politiknya dan pelbagai andaian lain.
Menjawab segala persoalan tersebut, Abdullah dengan tegas berkata, beliau tidak akan lari daripada amanah dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya akan tunaikan semua tanggungjawab yang ada…selagi saya masih Perdana Menteri saya akan melaksanakan amanah tersebut sampai ke saat terakhir,” ujarnya sambil menegaskan, beliau tidak akan hanya berdiam diri menunggu masa untuk bersara.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan khas dengan Agendadaily di kediamannya di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur hari Selasa.
“Saya akan terus berada di sini bagi menyelesaikan apa yang telah saya janjikan,” tegas Abdullah lagi.
Pada pertemuan tersebut, Abdullah melahirkan segala hasrat dan harapan beliau untuk melihat institusi kerajaan diperkasakan dan mendapat keyakinan semula daripada masyarakat ekoran wujudnya pelbagai persepsi negatif khususnya institusi pencegahan rasuah, kehakiman dan penguatkuasaan.
Abdullah turut ditanya, apakah kekecewaan yang dirasainya dalam usaha melakukan agenda perubahan berkenaan.
Katanya, jika ada pun rasa kecewa terhadap sikap ahli-ahli UMNO dan BN dalam usaha beliau melakukan perubahan sepanjang tempoh menjadi PM ialah mereka terlalu diselubungi dengan persepsi negatif.
”Mereka hanya lihat sesuatu pembaharuan itu daripada sudut negatif sahaja tanpa mahu memahami apa yang tersirat di sebalik hasrat. Segalanya mereka lihat daripada apa yang tersurat sahaja,” jelasnya.
Rasa kecewa beliau itu lebih merujuk kepada sikap yang tidak mahu memahami hasrat serta pandangan negatif yang diberikan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Kehakiman di Dewan Rakyat.
Di sela-sela pertemuan berkenaan, Abdullah turut ditanya adakah beliau akan terima jawatan sebagai Menteri Kanan selepas bersara Mac depan seperti yang disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO.
“Biaq pi kat depalah,” ujarnya sambil gambarkan tidak pernah terlintas di fikirannya mengenai perkara itu.
Mengenai adakah beliau akan memantau kerajaan selepas bersara nanti, beliau menegaskan, “saya tidak akan jadi macam itu”.
Malah pada pertemuan berkenaan beliau turut menegaskan, tidak akan mengganggu kerajaan pimpinan baru selepas Mac depan. - 16/12/2008
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.