Tuesday, February 24, 2009

NURTAD DAN KEBEBASAN BERAGAMA

Oleh: Mokhtar Petah

Pada masa ini, sebilangan orang Islam, lebih-labih lagi mereka yang menganut agama lain, tidaka faham akan ‘kebebasan beragam’ dengan ‘ murtad’ – orang Islam melompat dari agama Islam ke agama lain atau tidak menganut sebarang agama, seperti penganut fahaman komunisme dan atheis.

Semenjak zaman permulaan agama Islam – di bawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari ini, bahawa perundangan atau peraturan kebebadan menganut agama dan murtad tetap tidak berubah.

Perkara 11 Kebebasan agama (1) Tiap – tiap orang adalah berhak menganu dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada fasal (4), menembangkan agamanya.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh megawal ataumenyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang ysnh menganuti agama Islam.[1]

Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Menteri dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjelaskan kedudukan dan kuasa undang atau erti dari perlembagaan mengenai kebebasan beragama seperti berita di bawah ini:



Kerajaan tidak akan meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama kerana keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy menunjukkan seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam sesuka hatinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata jika kebebasan sedemikian diberikan akan wujud keadaan umat Islam yang huru hara dan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Hak kebebasan beragama diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsirkan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

“Bagi orang Islam yang berhasrat keluar daripada agama Islam, dia perlu mendapatkan perintah atau pengisytiharan terlebih dulu daripada Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri,” katanya menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di Dewan Rakyat semalam.

Zulkifli bertanya sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan bahawa setiap rakyat orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam).

Nazri juga berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan di Wilayah Persekutuan, sama seperti 10 negeri yang sudah menguatkuasakan enakmen itu.

Ketika ini enakmen berkenaan sudah diterima pakai di Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Melaka, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis.

“Saya tidak nampak halangan untuk kita mengadakan undang-undang ini di Wilayah Persekutuan. Insya-Allah, kita akan bentangkan rang undang-undang ini di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri serta Persekutuan boleh digubal bagi mengawal atau menyekat pengembangan sebarang doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan umat Islam.

Nazri juga berkata, permohonan Lina Joy kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memadam perkataan Islam dalam kad pengenalannya ditolak kerana permohonan itu tidak sempurna tanpa perintah Mahkamah Syariah.

Pemimpin Tertinggi Negara Islam awal, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengadakan perjanjian antara Junjungan dengan beberapa golongan Yahudi Madinah. Perjanjian itu terkenal dengan Sahifah Madiah – Piagam Madinah mmengandungi 47 fasal. Jika kita meneliti butir-butir perjanjian itu, akan kita dapat mengajaran mengenai perpaduan kaum, keamanan, kebebasan menganut agama dan kemanusiaan sejagat.

Fasal (1) Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang. Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, Pesuruh Allah demi bagi orang-orang yang beriman dan mereka yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk - penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama mereka.[2]

Manakala undang – undang atau peraturan mengenai orang Islam melompat ke agama lain atau murtada, adalah diamalkan pada zaman permulaan Islam, pemerintahan khlifah hingga di negara umat Islam walaupun tidak mengunakan perlembagaan Islam.

Setiap orang Islam tidak adaruang kebebasan baginya keluar dari agamanya, kerana dia telah berpegang kepada agama Islam dengan bersumpaah di hadapan allah, iaitu asyhadu alla ilaha illal Lah, wa asyhadu anna Muhammad raszululllah.

Dalam Islam, orang Islam yang murtad, dia mesti dihukum bunuh.

Walaupun negara kita tidak mengguna-pakai perklembagaan dan perundangan Islam (kecuali dalam hal agama Islam, mal dan keluarga Islam) Perlembagaan negara kita ada pengetian atau falsafah menyekat orang Islam menjadi murtad.



[1] Perlembagaan Persdekutusn.

[2] Mokhtar Petah, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, 1993, Kuala Lumpur, Art Media, hlm. 20.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.