Saidah Hairan | |
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan wacana memperingati kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dengan tema 'Hasan Al-Banna menjuarai isu Palestin'. Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, wacana itu bertujuan mengimbau perjuangan dan pengorbanan Hassan Al-Banna dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Syria dan Jordan dalam gerakan jihad menentang penubuhan negara haram Israel. Katanya, wacana tersebut diadakan pada 26 Februari ini di Markas PAS Kawasan Pandan bermula jam 9 malam. Beliau berkata, wacana itu penting bagi menanamkan rasa cinta kepada pejuang Islam dan generasi baru PAS supaya semua dapat menekuni sejarah hidup perjuangan Islam tersohor abad ke-20. Menurut beliau, program itu diadakan pada bulan Februari bagi mengenang pembunuhan Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949 oleh rejim Mesir. Antara pembentang kertas kerja dalam wacana itu adalah Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Riduan sendiri selaku exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Sebelum wacana sesi tayangan audio visual akan diadakan berkaitan Hassan Al-Banna dan misi kemanusiaan ke Palestin. (Berita ini diambil dari Harakah daily, 24 Februari 2009) Harapan: Lajnah Pemuda PAS elok menterjemahkan buku karya Hassan Al Bana; Al Itjimaiyah Fi Islam - Kemasyarakatan Dalam Islam. - Mokhtar Petah.
|
Tuesday, February 24, 2009
LAJNAH DAKWAH PAS
MEMPERINGATI HASAN AL BANA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.