Friday, February 27, 2009

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM TULIN

PAS MEMIKUL AMANAH BERAT

Oleh: Mokhtar Petah

Negra Islam yang paling tulin, ialah pada masa di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketulinanya disebabkan tidak ada keburukan atau mengikut hawa nafsu pemerintah, semua peraturan pemerintahan, politik, kemasyarakatan dan hal ehwal luar negara berpandukan wahyu Allah dan Sunnah Rasul- Nya.

Pada masa itu tidaka reka - rekaan dan dolak dalik dalam menjalan pemerintahan, melaksnakan hukum dan mempraktikkan keadilan, kerana pemerintahan tidak didorong oleh hawa nafsu, kepentingan atau muslihat diri.

Kerana wujudnya system pemerintahan yang dibimibing oleh Allah dan Rasul-Nya, Muhammad s.,a.w., maka Allah telah mewahyukan pada masa itu , iaitu memerintahkan orang-orang yang beriman (umat Islam) mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan orang yang diberi kuasa memerintah, seperti governor, ketua wilayah atau wakil pemerintah pusat di Madinah.l

Hai orang-orang yang beriman, taatkan Allah, taatkan Rasul (Muhammad) dan (tidak dinyatakan kata taat) yamg, mempunuyai kuasa di antara kalian, dankalau kalian berbeza pendapat tentang sesuatu (peraturan dan sebsagainya) kembalikanlah kepada Allah dan Rasul. - An Nisa: 59

Setalah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pemerintahan Islam diteruskan di bawah pimpinan para sahabat dan kemudiannya oleh para khliafah.

Pada masa pemerintahan sahabat, terdapat sedikit perbedaan dalam pemerintahan berbanding dengan pemerintahan Rasulullah. Tetapi perbezaan itu tidak sampai boleh dianggap menyeleweng dari Islam.

Manakala dalam pemerintahan para khlifah, terdapat banyak penelewengan dan tidak jujur di kalangan pemerintah.Banyak Hadis Nabi Muhammad tentang kesaksamaan telah diketepikan dan para penguasa mementingakan diri, kaum kerabat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun asaa Negara Islam tidak berubah hingga kini.Negara Islam berasaskan Quran dan Sunnah dan pendapat para Ulama yang tidak pasik.

Malaysia sebuah Negara Islam, tetapi tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya. Negara Islakm tidak tulin. Ada perundangan Islam yang di guna - pakai oleh Malaysia, iaitu berhubungan dengan Mal, keluarga Islam dan segala peraturan di luar batas undang - undang jenayah atau hudud.

PAS yang sejak awal merancang untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia, pada akhir-akhir ini kelihatan tidak mampu dan mereka terpaksa bekerjasama ‘merebut kuasa’ bersama Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Mungkin kerjasama antara PAS dengan parti-parti politik yang ditdak mementingkan ideologi Islam (menentang Negara Islam) itu buat sementara sahaja, tetapi suka meiyakinkan kita yang PAS akan berjaya membentuk Negara Islam selagi ia berbimbingan tangan dengan parti-parti politik tersebut.

Mungkin ada yang menganggap pendapat saya salah. Tetapi ayat Quran berikut ini menguatkan pegangan saya, iaitu PAS sukar membentuk negara Islam selagi ia bahu membahu berjuang dengan parti-parti politik yang tidak berideologikan Islam atau mengambil Quran dan Sunnah sebagai pegangan.

Hai orang-orang yang beriman, jangan kalian mengambil orang - orang di luar (harakah) kalian menjadi sahabat yang amat akrab, iaitu mereka yang tidak berhenti hendak menyusahkan kalian, mereka berhasrat mencelakakan kalian. Sesaungguhnya rasa kebencian telah lahir dari mulut mereka, dan apa yang tersimpa dalam hati mereka lebih besar. Sesaungguhnya Kami telah mejelaskan keterangan semua keterangan kepada kalian, jika kalian kengerti (berakal). – Ali Imran: 18

Saya sebagai seorang penulis yang telah mendampingi orang - orang PAS semenjak Parti Islam itu dipimpin oleh Allahyarham Haji Ahmad Fuad, walaupun parti Islam itu masih ‘ kehulu ke hilir mencari arah dan pedoman’ untuk menegakkan Negara Islam, saya yakin sungguh, poerjuangan suci itu akan Berjaya sudahnya.

Jika Allah menolong kalian, tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan kalian. –Ali Imran: 160,

Sesunguhnya Allah aakan menolong sesiapa yang menolongnya (berjuang pada jalan Allah). Sesungguhnya Allah itu Maha kuat dan Maha Berkuasa. – Al Hadid: 40.

Semua individu yang mennyertai PAS ada memikul amanah yang berat untuki meneruskan perjuangan suci dan menegakkan Negara Islam di bumi pusaka bangsa Melayu ini. Mereka tidak boleh berkompromi denganmana-mana pihak, tidak boleh patah semangat atausurut ke belakang. Jika mereka patah ke belakang, mereka lebih kurang dengan golongan lari dari agama Islam.

Mereka hendak mewujudkan sebuah Negara Islam yang mendapat keampunan allah, baldatun tayyibah wa Rabbun ghafir – Negara bertuah dan Allah Maha Pengampun - (Saba: 15

Negara yang diredai Allah, negara aman dan bersih dari segala macam keburukan, seperti korupsi, skendal, penuelewengan dan tidak amanah di kalangan pengusa dan kaki tangan pemerintah.

(selesai)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.