KUALA LUMPUR: Pekarangan Bangunan Parlimen, di sini semalam kecoh apabila sekumpulan individu berhimpun dan menuntut Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf atas kenyataannya yang memaki Pemuda Umno sebagai celaka.
Pengerusi DAP itu didatangi 22 Pemuda Umno Selangor di pekarangan Bangunan Parlimen selepas waktu makan tengah hari jam 2.45 petang untuk menghadiri sambungan sesi Dewan Rakyat.
Dia yang berkerusi roda ditolak pembantunya dihalang kumpulan terbabit yang mendesaknya meminta maaf, tetapi tidak dipedulikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang); N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) campur tangan sehingga berlaku tolak-menolak.
Tindakan pengawal keselamatan Parlimen dan polis mengepung tempat kejadian dan memisahkan kedua-dua kumpulan berjaya mengawal keadaan sebelum Karpal dibenar masuk ke Dewan.
Kekecohan tercetus semula apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) menyertai Ahli Parlimen pembangkang di tempat kejadian lalu berlaku cabar-mencabar antara mereka.
(Berita ini diambil dari Berita Harian On line, 27 Februari 2007)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.