Thursday, January 15, 2009

UMNO - PAS - PKR

HILANG MARUAH DALAM PILIHAN RAYA

(Oleh: Mokhtar Petah)

Kita selalu bertemu dan menyaksikan, dua ekor anjing berkelahi sesama mereka kerana berebut seketul tulang yang belum tentu ada dagingnya. Begitu juga dua ekor kucing bercakaran kerana berebut bangkai sekor cicak kobeng. Dua jenis makhluk yang tersebut adalah haiwan yang ‘tidak boleh berkata kata’.

Artike ini adalah untuk di hayati oleh mereka yang jenis ‘haiwan yang berkata - kata’. Iaitu mereka yang sering mewujudkan haiwan di kalangan umat manusia.

Mungkin artikel ini pedas dan memanaskan telinga sesiapa yang membacanya. Tetapi saya kira biarlah panas apa - apaan sahaja, kerana kalau dilakukan juga perbuatan yang akan saya terakan nanti, maka apa yan direbut tidak ada apa- apa faedah dan hanya akan menjadi orang dalam golongan yang berduyun – duyun ke neraka dan menerima siksaan dari Allah.

PERLEMBAGAAN NEGARA

Saya menulis artikel ini untuk orang Melayu sahaja. Kerana menurut Perlembagaan Negara, ‘ orang Melayu beragama Islam, bertutur bahasa Melayu’. Tidak untuk mereka yang lain dari Melayu dan tidak beragama Islam, kerana mereka tidak mempedulikan neraka atau syurga, disebabkan mereka tidak ada pengetahuan tentang ciptaan Allah itu.

Saya juga merafakkan artikel ini kepada Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua orang yang berada dalam Parti kebangsaan Melayu Malaya (PEKEMBAR), Datuk Sri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan semua individu dalam Parti Islam Se Malaysia (PAS), dan datuk Seri Anwar Ibrahim dan dan isterinya, Datin Wan Azizah Ismail serta semua orang Melayu dalam Parti Kedilan Rakyat (PKR).

Saya ambil kira pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari ini. Sesaungguhnya, telah berlaku dalam kedua - dua kempen pilihan raya itu, sama ada di kalangan PEKEMBAR mahupun di kalangan PAS dan PKR perbuatan yang melanggar perintah Allah dan Rasul- Nya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam ,iaitu mencerca, mengumpat, menduh dengan tidak berasas, memalukan, menghina dan sebagainya.

HAWA NAFSU

Para juru kempen dalam pilihan raya masing - masing dengan tujuan untuk mendapat kemenangan bagi calon parti mereka, maka mereka tidak mengambil kira, sama ada kemenangan itu mendapat keredaan Allah atau tidak.

Maknanya mereka tidak ambil kira sama ada pada tulang dan bangkai cicak kobeng itu ada daging atau isi ataupun tidak. Yang penting mereka mahu benda yang perlukan itu mengikut hawa nafsu yang terkandung di dalamnya:

1 – Merebut kuasa dan mahu berkuasa.

2 - Takbur dan menyombong diri.

3 - Masing - masing menyeringaikan taring.

4 - Tidak kira sebanyak mana wang dibelanjakan untuk

bayar harga bagi sebatang besi pengorek telinga dengan

nilai sesaga emas .

Dalam kempen - kempen tersebut, orang Melayu - Islam - dalam PAS menggonjeng dan menghina orang Melayu - Islam - dalam PEKEMBAR dan orang Melayu - Islam dalam PEKEMBAR menggonjeng dan menghina orang Melayu - Islam - dalam PAS. Deminkian juga orang Melayu - Islam dalam PKR dan sebaliknya.

UMAT ISLAM

Perbuatan mereka yang mahu ‘kemenangan’ itu telah melanggar perintah Allah atau melakukan kemungkaran terbuka di kalangan umat Islam dan bukan umat Islam. Mereka itu secara terang - terangan meningkari firman Allah dan Hadis Muhammad Rasul Allah s.a.w.seperti maksud berikut ini:

Hai orang – orang yang beriman, jangan sekumpulan lelaki merendahkan (mentertawa, mengejek dan sehagainya) terhadap kumpulan yang lain; boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Dan jangan pula sekumpulan perempuan (merendahkan) kumpulan perempuan yang lain, boleh jadi (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan). Dan jangan kalian mencela bangsa kalian dan jangan memanggil dengan gelaran (yang mengandungi ejekan). Jahat setelah beriman itulah nama yang buruk. Siapa yang tidak kembali (berhenti dari melakukan kesalahan tersebut) itulah orang - orang yang zalim.

Dan orang - orang yang beriman, jauhilah dari banyak persangka (curigaan dan tuduhan melulu) kerana sebahagian dari perasangka itu (perbuatan) dosa. Dan jangan mencari - mencari keburukan orang dan jangan mengunjeng (mengejek dan mengumpat) satu sama lain. Adakah seorang di antara kalian yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kalian tidak menyukainya. Dan bertaqwalah kepada Allah; sesunguhnya Allah Penerima tobat dan Penyayang.

– Quran, Al Hujurat: 11, 12.

Muhammad Rasul Alla s.a.w. ditanya oleh para sahabatnya tentang firman Allah, Dan mereka mengerjakan kemungkaran di tempat – tempat pertemuan kamu. Junjungan menjawab: Mereka yang melemparkan kerikil dengan hujung ibu jari dan telunjuk mereka kepada orang – orang yang lalu lalang (di jalan) dan mengejek sebahagian mereka (kepada sebahagian yang lain). Itulah kemungkaran yang dikerjakan mereka (di tempat pertemuan).

Perawi: Imam Ahmad.

MAJLIS FATWA

Mengapa alim ulama dalam UMNO,PAS dan dalam Majlis Mufti di tiap – tiap negeri dan Majlis Fatwa Kebangsan tidak menegur akan berbuatan mereka dalam parti - parti politik yang bekempen itu. Saya kira mereka perlu bertanggungjawab menegur atau mengingatkan, kerana mereka dari parti - parti yang berkempin itu bertujuan untuk kebaikan negara kita.

Tentulah alim ulama kita tidak mahu kemenangan dalam pilihan raya kecil itu hsil dari mereka yang berkempen dengan mengingkari hukum Allah dan rasul - Nya.

KEREDAAN ALLAH

Apabila seorang mukmin melakukan sesuatu pekerjaan yang mungkar, maka dia tidak mendapat keredaan Allah.Kejayaannya juga tidak mendapat keredaan Allah. Apabila tidak mendapat keredaan Allah, maka, mahu atautidak mahu, dia akan menerima balasan dari Allah, di antaranya bala.

Di antara perkara dalam bala itu, iaitu:

1 - Perselisihan antara pemimpin tertinggi, menengah dan

bawahan.

2 - Ketidak jujuran di kalangan penganggungjawab

atas.pemerintahan.

3 - Membazirkan harta dan wang pemerintah atau kerajaan.

4 - Perbuatan rasuah dan curang terhadap tanggungjawab.

5 - Kehilangan wang pemerintah atau kerajaan kerana tidak

amanah para penanggungjawab.

6 - Mala petaka – banjir, rebut topan dan kemalanangan.

7 - Rakyat tidak percaya kepada pihak pmerintah atau kerajaan.

8 - Tidak ada kepercayaan atau sengketa di kalangan rakyat.

9 - Ramai pemimpin atau pegawai yang dilantik tidak

berkelayakan , tidak amanah dan pengamal rasuah.

10- Negara akan jatuh papa kedana atau muflis

Saya melihat, pada masa ini – mungkin kerana terlalu mahu berkuasa atau mengejar kebenadaan - , sama ada kalangan PEKEMBAR mahu pun kalangan PAS dan PKR, telah tidak mengambil kira akan larangan atau tegahan Allah dan rasul-Nya.

Artikel ini sekadar mengingatkan kepada mereka yang ‘ alim, arif, mengetahui’ tetapi terlupa atau tidak sedar, seperti firman Allah yang maksudnya di bawah ini:

Demi (perhatikan) waktu.

Sesungguhnya manusia – manusia itu dalam kerugian.

Selain dari mereka yang beriman dan mengerjakan

perbuatan baik, dan mewasiat (kemesan atau

mengingatkan) dengan kebenaran dan mewasiatka

satu sama lain agar bersabar (berhati teguh).

- Al Asr:1 – 3.

MELAKUKAN IKHTIAR

Sebenarnya, Sebilangan besar orang Melayu masih sayangkan PEKEMBAR atau UMNO dan PAS. Mereka mahu kedua buah parti politik orang Melayu itu melakukan ikhtiar supaya berjuang bersama - sama untuk membela agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia ini.

Maka, saya berharap Majlis Fatwa kebangsaan, Majlis Mufti di tiap – tiap negeri dan para ulama ada perasaan keinsafan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada dua golongan Melayu dalam dua parti politik di negara ini seperti firman Allah yang maksud berikut ini:

Jika ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kalian damaikan antara kedaunya. Tetapi kalau yang satu golongan melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu hendklah kalian perangi hingga surut kembali kepada perintah Allah.Kalau mereka telah surut, damaikanlah anrtara keduanya mengikut keadilan, dan kalian hendaklah bersikap jujur; sesungguhnya Allah menyanyangi mereka yang jujur.

Sesungguhnya Orang - orang yang beriman (misalnya Melayu), itu bersaudara, oleh itu damaikanlah (perbaiki hubungan) antara kedua saudara kalian itu, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah – mudahan kalian mendapat rahmat. – Al Hujurat: 9, 10.

SUKU SAKAT

Mengakhiri artikel ini, saya meminta kepada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak dan semua individu dalam UMNO, Haji Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat dan semua individu dalam PAS dan Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Wan Azizah Ismail serta suku sakat mereka dalam PKR hindarilah dari larangan Allah. Dan carilah ikhtiar untuk bersatu padu.

Tidak ada gunanya ‘Metuanan Melayu’ jika orang Melayu dengan Orang Melayu bermusuhan. Tidak guna negara merdeka kalau orang Melayu dengan orang Melayu tidak bersatu dan bekerjasama.

Dan kita khuatir, kerana perpecahaan sesame orang Melayu – Islam -, nanti allah turunkan bala besar, seperti yang telah ditimpakan kepada rakyat Afghanistan, Iraq dan Palestin.

Kerana orang Melayu bermusuhan sama orang Melayu, maka mereka tidak sedar Yahudi menjadi jiran dan berada di hadapan pintu rumah sendiri.

(Selesai)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.