Thursday, January 15, 2009

QURAN

DOA KITA

Sesungguhnya semua berhala itu musuh kepada aku (Ibrahim a.s.) kecuali Allah, Tuhan Pemimpin semesta alam.
Dan yang menciptakan (alam) , kemudian Dia yang memimpin aku.
Dan Dia yang memberi makan dan memberi minum (kepada) aku.
Dan apabila aku sakit, Dialah yang mengubati (menyembuhkan) aku,
Dan Dia yang mematikan aku, kemudian Dia yang menghidupkan aku pula.
Dan dia yang aku sangat harapkan akan mengampuni kesalahan aku pada hari pembalasan.
Hai Tuhan, kurniakanlah aku hikmat (pengetahuan), dan hubungilah aku dengan orang - orang yang baik.
Dan jadikanlah untuk aku sebutan baik dalam (turunan) yang kemudian.
Dan jadikanlah aku termasuk orang - orang yang mempusakai taman kesenangan (syurga).
Dan ampunilah bapaku; sesungguhnya dia termasuk orang - orang yang sesat jalan.
Dan janganlah aku dihinakan pada hari mereka dibangkitkan. Asy Syura: 77 - 87.

HADIS


SEMBILA ISTERI


Anas r.a. telah berkata: Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sembila isteri dan apabila Junjungan menggiliri antara mereka tidak sampai sembila hari (bertemu) kepada isteri (giliran) pertama, kerana pada setiap malam mereka berkumpul di rumah isteri yang digilir oleh Nabi s.a.w. itu.
Perawi: Imam Muslim

PETUA

Jika anda (perempuan) dalam keadaan datang bulan (haid), untuk melawaskan keluar darah, makan sedikit buah delima atau air rebusan kulitnya, insya Allah darah keluar dengan sempurna.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.