Wednesday, January 7, 2009

KETUANAN MELAYU

TAMADUN MELAYU DALAM ZAMAN ISLAM

Oleh: Petah Shahrir Aidid

Keagungan empayar Melayu Melaka pada abad yang ke 15 – 16 menjadi kemuncak dan mercu tanda tamadun Melayu dan Islam, di Nusantara yang wujud sejak Kerajaan Funan, pada abad pertama, demikian Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin dari Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam Melaka.

Dr. Mohd. Jamil Mukmin berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk, Memperkasakan Melayu Dalam Konsep Ketuanan Melayu, daalam seminar Nasionaal Ketuanan Melayu Konsep dan Cabaran Dalam Pembinaan Negara Bangsa dan Berdaulat, anjuran Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI), Melaka, di Air Keroh, semalam dan hari ini.

“Tamadun Melayu telah mencapai ke zaman kegemilangan Islam dan datang ke Nusantara dan diterima baik oleh pemerintah – pemerintah di ranatu ini dalam abad ke 12 hingga abad 21,”katanya.

“Di antara kerajaan – kerajaan tersebut, ialah Pasai, Melaka, Johor, Riau, Aceh, Pattani, Brunei dan kerajaan – kerajaan Islam di Jawa, Filifina dan lain,”katanya lagi.

Beliau menambah, “ perjuangan Dato’. Onn Jaafar dan para pemimpin Melayu yang meletakkan social contract dan ketuanan Melayu sebagai teras pembinaan Negara bangsa dan masa depan politik Malaysia.”

Sebilangan para cendekiawan Melayu telah membentang kertas kerja masing – masing yang berkisar kepada ‘memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam’, di antara mereka itu, ialah:

a . Tan Sri Prof. Dr. Anuwar Ali.

Memperkasa Ketuan Melayu

Dalam Dunia Pendidikan tinggi.

b . Dato’ Prof. Dr. Mohd. Yusof Hj Hashim.

Sejarah Perkembangan Ketuanan

Melayu Medasari Sistem Politik

Malaysia.

c . Prof. Dr. Abdullah Zakariah.

Patriotisme, Nasionalisme dan

Kesatuan Melayu: Satu Perspektif Sejarah.

d . Kro. Kol. Dato’ Dr. Kol Kamaruddin

Kachar.

Bahaya Politik Penolakan Ketuanan

Melayu.

e. Dato Prf. Dr. Abdul Rahim Selamat.

Pengkuhan Ketuan Melayu

Dalam Sektor Pendidikan Negara.

f. Prof. Dr. Durishah bt Idrus, Hj. Kassim Thukiman dan Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yussof.

Dato Onn Jaafar dan Ketuan

Melayu dan Ketuanan Melayu

Dalam Pembentukan Kenegaraan Malaysia,

Seminar tersebut dihadhiri oleh para intlektual Melayu, para pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, jabatan - jabatan kerajaan dan pensyarah ilmu sejarah di maktab – maktab seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.