| |
Tuesday, 06 January 2009 | |
KUALA TERENGGANU: Calon Bebas, Azarudin Mamat @ Adam tidak malu mengakui dikenali sebagai seorang tabib sekalipun pernah bergelar bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Beliau yang ditemui wartawan berkata, “selepas tamat saya menceburi bidang perniagaan pembuat dan memasarkan minuman kordial. Kerana menghadapi beberapa masalah, saya menceburkan diri dalam bidang rawatan tradisional. Di kalangan orang ramai saya lebih dikenali sebagai seorang tabib.”
Ditanya persiapan menghadapi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu, beliau hanya memperuntukan RM15,000 untuk belanja sepanjang kempen pilihan raya dan yakin mendapat sokongan pengundi untuk menumpaskan calon UMNO-BN dan calon PAS. Katanya, “slogan kempen untuk membantu golongan susah dan miskin. Saya akan memperuntukan elaun sebagai wakil rakyat untuk membantu golongan ini. Ramai golongan miskin yang tifdak mendapat pembelaan.”
Menjawab satu soalan lain, beliau turut menafikan mendapat bantuan kewangan daripada pihak tertentu. Katanya, "semua wang daripada simpanan sendiri. Tidak ada sesiapa membantu. Setakad ini tidak ada mana-mana pihak yang menawarkan diri menghulurkan bantuan kewangan."
Azarudin yang bertanding sebagai calon Bebas akan menggunakan lambang `Buku" akui tidak mempunyai bilik gerakan dan jentera berkempen seperti calon UMNO-BN dan PAS. Beliau akan bergerak sendirian dengan mengedarkan risalah perjuangannya untuk menarik sokongan pengundi. (Berita ini diambil dari Mingguan Watan On Line, 6 Januari 2009) |
Wednesday, January 7, 2009
CALON BEBAS
BEKAS MAHASISWA UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.