Pada hari manusia bagaikan belalang berterbangan,
Dan gunung - ganang laksana bulu - bulu yang dihembuskan,
Dan orang yang berat timbangan (amalan baik) nya,
Orang itu dalam kehidupan yang senang (mendpat keredaan Allah),
Tetapi orang yang ringan timbangan (tiada amalan baik) nya,
Tempat tinggalnya (dalam) lubang (amat dalam),
Dan apakah yang menyebabkan kamu (Muhammad) mengerti, apa itu (lubang)?
Api yang menyala (neraka). - Al Qari'ah: 4 - 11.
HADIS
UKIRAN
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya mereka yang mengukir gambar (makhluk bernyawa seperti patung) akan diseksa pada hari kiamat, dan akan diperintah agar dihidupkan apa yang kamu semua telah ciptakan).
Perawi: Imam Bukhari dan ImamMuslim.
PETUA
SUAMI ISTERI
Suami yang baik adalah yang dapat menggemukkan isterinya. Isteri yang baik yang dapat menguruskan suaminya. Suami isteri yang baik adalah yang mendampingkan diri mereka dengan Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.